Sabtu, 11 Mei 2013


Bab 3: Kesedaran Pembinaan Negara  dan Bangsa
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA & BANGSA
- pd zaman masyarakat Melayu tradisional, kerajaan & negeri wujud kearan adanya raja. 
  Sempadan kerajaan atau wilayah ditentukan melalui kesetiaan rakyat kpd raja
- Penjajahan Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negari masyarakat Melayu 
  tradisional. British mulai menetapkan sempadan setiap negeri, konsep kerajaan mulai 
  luput & digantikan dgn konsep negeri
- Peristiwa penting ke arah pembentukan konsep bangsa M’sia;
a) Kemerderkaan Persekutuan Tanah Melayu pd 31 Ogos, 1957
b) Pembentukan Malaysia pd 16 September 1963
- Ciri2 bangsa M’sia selpeas merdeka ialah satu bahasa, pengamalan kebudaay 
  kebangsaan & kepatuhan kpd Rukun Negara.

PEMBINAAN NEGARA & BANGSA
- konsep negara bangsa moden merujuk kpd negara bangsa moden di Eropah
- Idea negara bangsa moden terbentuk selepass tercetusnya Revolusi Inggeris (1688), 
  Perang Kemerdekaan Amerika (1776) dan Revolusi Perancis (1789).
- Persidangan Damai Paris mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Pekara 
  Woodrom Wilson, iaitu penentuan nasib negara olhe rakyat sendiri & prinsip sempadan 
  berasaskan bangsa
- Pepecahan empayar Austria- Hungary dan Turki telah menyumbangkan kpd 
  kemerdekaan & pembentukan negara bangsa di Eropah. 7 buah negara baru di eropah 
  ialah Czechoskavakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland & Yugoslavia
- Penyatuan Itali dilakukan oleh Count Camillo Benso di Cavour melalui amalan realpolitik. 
  Amalan realpolitik mewajarkan tindakan penipuan, kekerasan, bersenjata & peperangan 
 utk mencapai matlamat politik
- Otto Eduard von Bismarck turut menggunakkan realpolitik darah besi serta 
  membangkitkan isu membenci kuasa asing bertujuan menyatukan Jerman. Kejayaan 
  Bismarck menewaskan Denmark, Austria & Perancis membawa kpd pembentukan 
  negara bangsa Jerman.
- Negara Islam Madinah terbentuk melalui penyatuan prinsip Islam & penyusunan Piagam 
  Madinah

CIRI2 NEGARA & BANGSA
Terdapat 4 aspek utama dalam pembentukan negara & bangsa:
- Negara
· Wilayah yg mempunyai penduduk, sempadan & pemerintah yg berwibawa
· Malaysia meliputi Tnh Melayu, Sabah & Sarawak
- Kerajaan
· Institusi pemerintahan yg bertanggungjawab menggubal undang2 & dasar tertinggi 
  negara
· Krj M’sia meliputi badan pelaksana, badan perundangan & badan kehakiman
- Perlembagaan
· Peraturan tertinggi secara bertulis atau tidak yang menjadi rujukan & panduan kpd 
  pemerintah
· Menjamin perlindungan ke atas rakyat
- Bangsa
· Sekumpulan manusia yg mendiami sesebuah wilayah
· Persamaan dr segio bhs, adapt resam, kesenian & pengalaman sejarah

KESULTANAN MELAYU MELAKA – ASAS PEMBENTUKAN NEGARA & BANGSA
a) Wilayah pengaruh
- Kws tempat tinggal rakyat & mempunyai sempadan
- Meliputi seluruh Tnh Melayu & Timur Sumatera
b) Kedaultan
- Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
- Pemerintahan mempunyai kuasa menggubal unadng-undang serta hak mutlak ke asta 
  rakyat
- Kedaulatan memastikan negara bebas drpd campur tangan, paksaan, taklukan atau 
  penjajahan kuasa asing
c) Lambang
- Simbol atau tanda yg menjadi identiti sesebuah negara
- Alat kebesaran sultan dilambangkan dgn alat regalia, nobat, warna, bhs, undang2, 
  protokol, & adat istiadat istana
d) Keunggulan undang-undang
- Undang2 bertujuan mengawal masyarakat melalui peraturan yg diwartakan
- Undang2 dapat memelihara keamanan, menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bhs, 
  agama & kerakyatan yg diterima oleh masyarakat
e) Raykat
- Seluruh penduduk sesebuah wilayah
- Mereka terikat dgn undang2 & peraturan yg dikuatkuasa dlm wilayah
f) Kerajaan
- Badan yg mentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan serta menjalin 
  hubungan diplomatik dgn negara luar.

WARISAN NEGARI2 MELAYU
a) Undang2 Tubuh Kerajaan Johor
- Digubal oleh Sultan Abu Bakar
- Berasakan perlembagaan Barat
- Kandungan ilah keturunan Sultan sbg pewaris takhta, org Melayu sbg rakyat negeri 
  Johor & Islam sbg agama rasmi
- Raja berhak melantik Menteri Besar. Pemilihan naib Menteri Besar dilakukan oleh 
  Jemmah Menteri dgn perkenan raja
- Ahli Jemmah Menteri mestilah orang Melayu, beragama Islam & rakyat Johor
- Raja, Menteri Besar & Jemaa Menteri dilarang menyerah negeri kpd kuasa lain

b) Undang2 Tubuh Kerajaan Terengganu
- Digubal oleh Sultan Zainal Abidin III
- Turut dikenali sbg Ittiqan0ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yg bermaksud keyakinan kepada 
  pemerintahan berdasarkan keadilan
- Berasakan perlembangaan Johor
- Bertujuan menghalang kemaraan kuasa Barat ke Terengganu
- Memperkenalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan
- Syarat menjadi sultan ialah lelaki, orang melayu, beragama Islam & waris Sultan 
  Terengganu
- Sultan dibantu oleh Jemaah Menteri & Majils Kerajaan
- Syarat menjadi Menteri ialah orang Melayu, beragama Islam, rakyat Terengganu serta 
  taat setia kepada Sultan
- Jemaah Menteri bertanggungjawab mentadbir keamanan negeri & menjalin hubungan 
  dgn negara luar

c) Sistem Pemerintahan di Kelantan
- Sultan Muhammad I telah memulkan Sistem Jemmah Menteri
- Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri bertujuan melicinkan pemerintahan negeri
- Terdapat 8 Jemaah Menteri
- Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja & digantikan dgn pembesar bergelar   
  Nik & Wan

d) Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan
- 9 buah negeri yg membentuk Persekutuan Negeri 9 ialah Sg Ujong, Rembau, Johol, 
  Jelebu, Seri Menanti, Inas, Terachi & Gunung Pasir
- Raja Melewar telah mengasakan sistem beraja dgn gelaran Yamtuan Besar
- Mengamalkan Adat Pepatih yg meletakkan kedaulatan di tgn rakyat
- Pelantikan pemimpin dilakukan pada peringkat bawah iaitu Anak Buah, diikuti Buapak, 
  Lembaga & Undang yg kemudianya melantik Yang Dipertuan Besar
- Empat luak utama ialah Rembau, Sg Ujong, Jelebu & Johol
- Yang Dipertuan Besar perlu berunding dgn Undang sebelum membuat sesuatu  
   keputusan.

Tiada ulasan: