TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 2014
SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK DOWNLOAD:
CONTOH 1
UNTUK COPY LIHAT PADA BGHN 3(2)
CADANGAN JAWAPAN
CONTOH 2
CONTOH 2
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Latar
belakang sistem Demokrasi Berparlimen
- Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
- Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
- Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
- Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
- Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
- Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
- Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.
- Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
- Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
- Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
- Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
- Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya
- Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
- Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
- Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
Konsep
Perlembagaan
- Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
- Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.
- Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
- Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
- Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
- Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.
- Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.
- Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.
- Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan
- Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri
Keluhuran
perlembagaan
- Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
- Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan
- Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
- Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
- Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah
- Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
Sebab-sebab
pindaan Perlembagaan
·
Melindungi kepentingan rakyat.
·
Menjaga keselamatan Negara.
·
Melicinkan urusan.
·
Supaya sentiasa releven.
·
Sesuai dengan keperluan semasa.
·
Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
·
Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
·
Melarang perkara sensitif
dipersoalkan secara terbuka.
·
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan
seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.
·
Mengelakkan perbalahan kaum.
·
Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Maksud
dan Latar Belakang Pilihan Raya
·
Pilihan raya ialah
proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri
atau persekutuan.
·
Pemilihan ini
dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
·
Pengiraan undi
dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
·
Calon yang mendapat
undi terbanyak dikira menang.
·
Sistem ini dikenali
dengan sistem majoriti mudah.
·
Pilihan raya merupakan
ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Peranan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·
Pilihan raya di
Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·
Keanggotaannya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Melayu.
·
Suruhanjaya Pilihan
Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan
parti pemerintah atau pembangkang.
·
Tiga fungsi utama
SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan
pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum
atau pilihan raya kecil.
Tujuan
Pilihan Raya
·
Pilihan raya umum diadakan
untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak
di seluruh Semenanjung Malaysia.
·
Di Sarawak dan
Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
diadakan secara berasingan.
·
Pilihan raya kecil
diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri.
·
Kekosongan itu
berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan
dan perlucutan jawatan.
·
Pilihan raya kecil
mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi
Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Proses
Pilihan Raya di Malaysia
·
Penetapan tarikh
penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·
Penamaan calon.
·
Penyediaan manifesto
oleh parti yang bertanding.
·
Pelancaran kempen
pilihan raya.
·
Pengumuman tentang
tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
·
Pemberian kertas
undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di
tempat pengundian.
·
Pengundi akan
memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke
dalam peti undi.
·
Pembuangan undi.
·
Pengiraan undi.
·
Pengumuman
keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.
Kelayakan
Calon
·
Warganegara
Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka
gemari.
·
Mereka boleh
menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
·
Seseorang yang
ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur
21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis,
tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan
sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
·
Seseorang
warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan
Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau
didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
·
Calon-calon dalam
sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu
sebagai calon bebas.
·
Mereka harus
mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
Kelayakan
Pengundi
·
Seseorang pengundi
yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.
·
Menuruf perkara 119
Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun,
bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.
·
Seseorang pengundi
hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.
·
Perlembagaan
membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama
mereka terdaftar sebagai pengundi.
Kempen
Pilihan Raya
·
Di negara kita,
sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau
pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan
berkempen.
·
Tempoh berkempen
adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
·
SPR telah
menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan
sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
·
Mereka dibantu oleh
sekumpulan kakitangan awam.
·
Urus setia SPR
diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
·
Tujuannya untuk
memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.
Kepentingan
Pilihan Raya
·
Pilihanraya penting
kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
·
Setiap warganegara
perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
·
Mereka harus melibatkan
diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan
demokrasi melalui pilihan raya.
Sebab-Sebab
Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia
·
Melahirkan taat
setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.
·
Rakyat terlibat
dalam menentukan hala tuju politik negara.
·
Memberi ruang dan
peluang kepada rakyat memilih pemimpin.
·
Dapat menentukan
pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
·
Rakyat mempunyai
hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.
·
Pemimpin yang
terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.
·
Ekonomi negara akan
berkembang maju.
·
Mengekalkan
kestabilan politik negara.
Kebaikan
Amalan Demokrasi
·
Mengekalkan
kedaulatan kerajaan.
·
Kerajaan dipilih
oleh rakyat.
·
Berpeluang
menentukan kepimpinan negara.
·
Menentukan masa
depan negara.
·
Segala pemasalahan
diselesaikan melalui rundingan.
·
Kecekapan
pentadbiran negara.
·
Kestabilan negara
aman.
·
Memudahkan
perancangan kerajaan.
·
Meningkatkan
kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·
Menjamin hak
rakyat.
·
Mengurangkan
tekanan antarabangsa.
·
Memperkukuhkan
perpaduan.
·
Mengekalkan
perkongsian kuasa.
·
Kerajaan stabil.
·
Kemajuan ekonomi.
·
Menarik pelaburan
asing.
Cara-Cara
Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan
·
Mendidik rakyat
agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.
·
Mengamalkan
demokrasi dengan cara yang betul.
·
Mengelakkan campur
tangan asing dalam urusan negara.
·
Mengekalkan
keharmonian hidup pelbagai kaum.
·
Semangat demokrasi
harus disuburkan di peringkat sekolah.
·
Amalan demokrasi mengikut
acuan negara sendiri.
·
Kekalkan sistem
pilihanraya yang adil dan bebas.
·
Memelihara
undang-undang dan perlembagaan negara.
·
Rakyat mesti
memelihara jati diri bangsa.
·
Mengutamakan
kepentingan negara.
Kebaikan
Sistem Pemerintahan Demokrasi
·
Rakyat terlibat
dalam memilih dan membentuk kerajaan.
·
Rakyat boleh
bersuara dan kemukakan pandangan.
·
Pemimpin tidak
berkuasa mutlak.
·
Rakyat bebas memilih
pemimpin melalui pilihanraya.
·
Menjamin hak asasi
rakyat.
·
Memastlkan
keamanan.
·
Menjamin kerajaan
yang adil dan stabil.
·
Kedaulatan di
tangan rakyat.
Cara-Cara
Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara
·
Menjaga nama baik
negara.
·
Mewujudkan
kerjasama.
·
Sanggup berkorban
demi kebaikan bersama.
·
Bermusyawarah untuk
mencapai kata sepakat.
·
Bertolak ansur
dalam politik.
·
Merealisasikan
dasar-dasar kerajaan.
·
Menghayati sejarah
perjuangan para pejuang negara.
·
Menghormati
lambang-lambang negara.
PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH
Badan kehakiman
·
Menentukan
kesahihan undang-undang
·
Berkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
·
Mempunyai
kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
·
Perkara
sivil berkaitan dengan saman.
·
Biasanya
memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang
disaksikan oleh seorang peguam).
·
Perkara
jenayah melibatkan kanun keseksaan.
Sistem mahkamah
·
Berkuasa
mentafsir perlembagaan negara.
·
Mentfsir
undang-undang.
·
Mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
·
Berkuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
·
Melaksanakan
undang-undang
·
Tidak
boleh meminda undang-undang.
CIRI-CIRI BADAN
PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
·
Berperanan
mengubal undang-undang oleh Parlimen.
·
Bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
·
Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara
·
Merupakan
dewan tertinggi
·
Mengandungi
69 orang ahli.
·
Mewakili
setiap negeri.
·
Ahli
digelar Senator.
·
Tempoh
keanggotaan adalah tiga tahun.
·
Berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun.
·
Senator
setaraf sama dengan Ahli Parlimen.
·
Beliau
boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
·
Senator
dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.
·
Terdiri
daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman.
·
Dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan
minoriti seperti Orang Asli.
·
Keahlian
Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·
Dua
orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah
Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
·
40
orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu
yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.
Dewan Rakyat
·
Dewan
Rakyat merupakan dewan terpenting.
·
Ahlinya
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
·
Dewan
Rakyat mengandungi 219 orang ahli.
·
Mereka
mewakili semua kawasan pilihan raya.
·
Tempoh
keanggotaannya lima tahun.
·
Tugas
utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri
·
Terdiri
daripada Jemaah Menteri atau
Kabinet.
·
Merupakan
badan pelaksana dasar kerajaan.
·
Pembuat
dasar tertinggi negara.
·
Diketuai
oleh Perdana Menteri.
·
Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian.
Kementerian
·
Kementerian bertanggungjawab menggubal
dasar-dasar kerajaan.
·
Merancang
serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.
·
Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri.
Menteri
·
Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri ,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
·
Menteri
yang tidak diberikan tugas dalam
kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
·
Beliau
akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam
·
Perkhidmatan
Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).
·
Bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
·
Pentadbiran
kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).
·
KSK
dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan
awam.
·
Kakitangan
awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
·
Jabatan
kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.
Badan Berkanun
·
Badan
berkanun merupakan badan separuh kerajaan.
·
Mempunyai
kuasa autonomi tertentu.
·
Mempunyai
peruntukan kewangan tersendiri.
·
Ditadbir
oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.
Suruhanjaya
·
Mengendalikan
urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin.
·
Antara
Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Kronologi proses
meluluskan undang-undang di Parlimen.
·
Proses
meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.
·
Penggubalan
rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.
·
Pembacaan
pertama di Dewan Negara dan
·
Pembacaan
tajuk rang undang-undang sahaja.
·
Pembacaan
kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.
·
Perbincangan
secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di
Dewan Rakyat.
·
Pembacaan
ketiga di Dewan Rakyat dan
·
Rang
undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan
Negara.
·
Pembentangan
di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat
·
Penyerahan
rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang
di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.
·
Pewartaan
atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.
Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran
·
Menjamin kesejahteraan hidup rakyat
·
Pengagihan
kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.
·
Berperanan
untuk mengimbangi check and balance dalam
pentadbiran.
·
Pengagihan
kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
·
Dapat
menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.
·
Mewujudkan
kecekapan dalam pentadbiran.
·
Menjadikan
sistem pentadbiran yang sistematik.
·
Pengagihan
kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.
·
Dapat
membantu pembangunan negara yang pantas.
·
Dapat
mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
·
Mengelakakan
perbalahan dalam bidang pentadbiran.
Usaha-usaha
meningkatkan kecekapan pentadbiran
·
Kerajaan
perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.
·
Mengamalkan
budaya kerja yang mesra pelangan
·
Menggunakan
kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan.
·
Mengamalkan
dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.
·
Memastikan
sifar rasuah dalam pentadbiran.
Ciri-ciri pemimpin negara
·
Berpengetahuan
luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.
·
Menggunakan
sistem pentadbiran yang moden .
·
Menolak
amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.
·
Seorang
yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.
·
Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya
dalam urusan pentadbiran.
·
Seorang
yang profesional dalam tindakanya.
Peranan
badan perlaksana
·
Pembuat dasar tertinggi Negara.
·
Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
·
Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.
·
Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.
·
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan /
merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.
·
Terdapat 26 kementerian.
·
Kementerian diketuai seorang menteri.
·
Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.
·
Menteri tak berpotfolio.
·
Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.
·
Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara
·
Dibantu oleh kakitangan kerajaan.
·
Bertanggungjawab melaksanakan tugas.
·
Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.
·
Jabatan di peringkat pusat/ daerah.
·
Badan berkanun berkuasa autonomi.
·
Mempunyai kewangan sendiri.
·
Ditadbir lembaga pengarah.
·
Penubuhan suruhanjaya.
Kebaikan
sistem pemerintahan demokrasi
·
Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.
·
Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan
·
Pemimpin tidak
berkuasa mutlak
·
Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
·
Menjamin hak asasi rakyat
·
Memastikan keamanan
·
Menjamin kerajaan yang adil/ stabil
·
Kedaulatan di tangan rakyat
Kebaikan
amalan demokrasi dalam sesebuah negara
·
Mengekalkan kedaulatan negara.
·
Kerajaan dipilih oleh rakyat.
·
Berpeluang menentukan kepimpinana negara.
·
Menentukan masa depan negara
·
Berpeluang menentukan kepimpinan negara
·
Menentukan masa depan negara.
·
Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.
·
Kecekapan pentadbiran negara
·
Kestabilan negara aman.
·
Memudahkan perancangan kerajaan
·
Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·
Menjamin hak rakyat.
·
Mengurangkan tekanan antarabangsa.
·
Memperkukuhkan perpaduan.
·
Mengekalkan perkongsian kuasa.
·
Kerajaan stabil.
·
Kemajuan ekonomi.
·
Menarik pelaburan asing.
Cara
sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.
·
Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang
betul.
·
Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
·
Mengelakkan campur tangan asing.
·
Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum.
·
Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi.
·
Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
·
Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.
·
Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
·
Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
·
Mengutamakan kepentingan negara.
Peranan
anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.
·
Menganggotai mana-mana parti politik.
·
Mendaftar sebagai pemilih.
·
Menjadi calon pilihan raya.
·
Bertanding atas parti atau calon bebas.
·
Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
·
Memilih pemimpin yang amanah.
·
Memilih pemimpin berwawasan.
·
Memilih pemimpin yang mesra rakyat.
·
Tidak menyertai demonstrasi haram.
·
Tidak menganggotai pertubuhan haram.
·
Memilih pemimpin.
·
Menghormati hak asasi manusia.
·
Patuh pada undang-undang negara.
·
Bertolak ansur.
·
Bekerjasama.
·
Hormat-menghormati
Kejayaan
yang dicapai oleh negara kita
·
Pemodenan pertanian.
·
Perkembangan teknologi.
·
Pelaksanaan k-ekonomi.
·
Tumpuan pelancong asing.
·
Hubungan antarabangsa berkembang
·
Kemajuan sistem pengangkutan.
·
Kemajuan sistem komunikasi.
·
Pembuatan automobil/ industri berat.
·
Sektor perkilangan.
·
Industri elektronik.
·
Pembangunan wilayah.
·
Koridor raya multimedia.
·
Penganjuran sukan antarabangsa.
·
Hub pendidikan bermutu.
·
Pusat kecemerlangan pendidikan.
·
Pusat kecemerlangan pendidikan.
·
Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.
Cabaran
yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.
·
Kemunculan golongan radikal.
·
Masalah perpaduan.
·
Kewujudan pelbagai kaum.
·
Gejala sosial.
·
Perlakuan jenayah.
·
Kebanjiran pendatang asing.
·
Peluang pekerjaan.
·
Globalisasi.
·
Masalah kemiskinan.
·
Jurang ekonomi antara kaum.
Langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran di atas.
·
Memperkukuh perpaduan.
·
Penguatkuasaan undang-undang.
·
Mewujudkan konsep 1 Malaysia.
·
Memastikan Wawasan 2020 tercapai.
·
Menghayati Rukun Negara.
·
Mewujudkan rakan cop.
·
Menambah peluang pekerjaan
·
Memperketatkan kawalan sempadan.
Nilai-nilai
murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem
demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah
·
Memelihara perpaduan
·
Mengekalkan keamanan
·
Bersikap toleransi
·
Bersedia menerima perubahan
·
Saling memahami
·
Bertanggungjawab
·
Bersikap inovatif dan kreaktif.
·
Patuh kepada undang-undang
·
Menghormati pemimpin
·
Semangat cintakan Negara
·
Menghormati lambang Negara
Cara
mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara
·
Menjaga nama baik Negara
·
Mewujudkan kerjasama
·
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
·
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
·
Bertolak ansur dalam politik
·
Merealisasikan dasar – dasar kerajaan
·
Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara
·
Menjayakan konsep 1 Malaysia
·
Patuh kepada undang-undang
·
Setia kepada pemimpin
·
Menjaga kedaulatan negara
Aktiviti
yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
·
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
·
Menghormati lambang-lambang kebesaran.
·
Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis
berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.
·
Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
·
Mencari maklumat berkaitan melalui internet
·
Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
·
Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.
CADANGAN KESIMPULAN
Pengetahuan:
·
Malaysia
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
·
Kuasa
pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan
pelaksanaan, dan badan kehakiman.
·
Sistem
demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.
Iktibar
·
Sokongan
rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
·
Kerjasama
antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
·
Permuafakatan
antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.
·
Kesetiaan
dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa
Malaysia.
·
Perpaduan
rakyat menjamin kedaulatan negara.
Harapan
·
Ialah
rakyat bertanggungjawab
mengamalkan ciri-ciri demokrasi
supaya dapat meletakkan
Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada
dunia.
·
Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati
sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.
_________________________________________________________________________________
CONTOH 3
_________________________________________________________________________________
CONTOH 3
Soalan
1
Berikan
latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5
markah)
Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden
yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
(m/s 161-162)
Soalan 2
Bolehkan anda berikan definisi atau maksud
demokrasi berparlimen (5
markah)
Demokrasi
Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk
kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan
yang sedia ada melalui pilihan raya.
(m/s 161-162)
Soalan 3
Senaraikan Ciri-ciri demokrasi
berparlimen (15
markah)
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia
terbahagi kepada perlembagaan, Raja Berpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya,
Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak asasi. Ciri-ciri
demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan atau pusat diketuai
oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara.
Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri
adalah sultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk
kerajaan dan bebas memilih
perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu, rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar
kerajaan melalui pilihan raya.
Pemerintahan dalam sistem demokrasi
berparlimen berasaskan perlembagaan
dan membenarkan perlembagaan dipinda.
Di samping itu, menjaga hak kebebasan
rakyat yang membenarkan parti-parti
politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat Parlimen yang terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Demokrasi berparlimen juga
berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)
Soalan 4
Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (15
markah)
Kepentingan perlembagaan kepada
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pemerintahan.
Selain itu, perlembagaan menentukan
bentuk kerajaan dan menjadi panduan
kepada kerajaan supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat. Rakyat memegang matlamat
yang sama supaya semangat patriotisme
dapat dibentuk. Contohnya Perkara 25
menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara.
Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan juga
menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan
memiliki harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang di Dipertuan
Agong dalam menjaga dan memelihara hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan
hak-hak kaum lain. Hak tersebut adalah
biasiswa, lessen perniagaan dan sebagainya.
Perlembagaan juga boleh menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan
tanpa ada perbalahan. (m/s 163-164)
Soalan 5
Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen
Malaysia yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan
urusan pentadbiran Negara.
Selain itu pindaan
juga bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan dan sesuai dengan
keperluan semasa. Pindaan ini
menjadikan perlembagaan sebagai undang-
undang yang munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela
hati. Perlembagaan yang dipinda melarang Perkara Sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan
seperti pemerintahan beraja, kedudukan
Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.
Akta
hasutan 1970, melarang individu daripada membincangkan atau bercakap dan menyentuh sensitiviti atau menimbulkan hasutan
sehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya bagi memelihara keselamatan dan
ketenteraman serta keharmonian masyarakat.
Terdapat empat
kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua
pertiga dewan parlimen dan
persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah
ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan dan perubahan
sempadan negeri.
Manakala kaedah
kedua melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan
Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
Perkara yang dipinda seperti keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah
tinggi di Sarawak dan Sabah. Perkara Perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,
agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan Sarawak.
Kaedah ketiga
pula ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan
parlimen dalam perkara-perkara yang
tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.
Kaedah keempat pula
melibatkan persetujuan lebih
suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan,
bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta
persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)
Soalan 6
Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa
Yang di-Pertuan Agong (10 Markah)
Yang di-Pertuan Agong (YDA) selain mengetuai tiga badan Kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan
Badan Kehakiman, adalah juga Ketua Negara
Malaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda
boleh memanggil dan membubarkan parlimen.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selain itu, bidang
kuasa baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Baginda juga berkuasa
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
bersidang.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga
merangkumi Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga berkuasa melantik Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri.
YDA juga boleh mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah
Undang-undang X jika keselamatan Negara terancam. (m/s 168)
Soalan 7
Huraikan ciri-ciri /Fungsi
Badan-badan Kerajaan. (30 markah)
Badan kerajaan terdiri daripada Badan
Perundangan/Legislatif, Badan Pelaksanaan/Eksekutif dan Badan Kehakiman/Judisiari
a) Badan
Perundangan/Legislatif (10 markah)
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh
perlembagaan. Fungsi badan perundangan, menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen
ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara
kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan
Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun
dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. (P172)
b) Badan
Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)
Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi
negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri mengetuai
sesebuah atau beberapa kementerian.
Dewan
Rakyat terdiri daripada ahli yang dilantik melalui proses
pilihan raya. Tempoh jawatan mereka adalah lima tahun. Tugas ahli, menggubal dan meluluskan undang-undang
peringkat Dewan Rakyat.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Setiap
kementerian diketuai oleh seorang
Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali
sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Perkhidmatan
awam
di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan
kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Badan
kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu separuh kerajaan yang mempunyai
kuasa autonomi tertentu.(p 172)
c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)
Sistem
mahkamah diwujudkan bagi melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Sistem ini disusun berasaskan sistem hieraki piramid. Badan Kehakiman
mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat
oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana. Badan Kehakiman
juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik
untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan
undang-undang.
Penasihat undang-undang
kerajaan ialah Peguam Negara yang
berperanan sebagai Pendakwa Raya atau
Peguam Bela bagi kerajaan dan dibantu
oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman.
Soalan
8.
Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang
diamalkan di Malaysia.
Pilihan
raya adalah elemen penting dalam amalan
demokrasi. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau
persekutuan. Terdapat dua jenis
pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang
diadakan untuk memilih Ahli Dewan
Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan serentak di seluruh
Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.
Pilihan Raya Kecil
diadakan apabila berlaku kekosongan
pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan
jawatan dan biasanya diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan menggunakan prosedur
telus dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses
pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi
terbanyak dikira sebagai pemenang. (m/s 177)
Soalan
9
Jelaskan
manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara
/keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara. (10 markah)
Pilihan
raya mendidik
pemimpin bertanggung jawab apabila diberi mandat, dan akan hilang
mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlaku persaingan sihat
di kalangan ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga menjadikan
rakyat bertanggung jawab untuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti
politik yang baik untuk membentuk kerajaan.
Saya juga berpendapat melalui pilihan raya,
mana-mana individu berpeluang untuk menjadi calon ahli dewan
Rakyat (peringkat pusat atau negeri) Idea-idea
baharu dapat dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan
raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau menukarkan kerajaan.
Saya juga berpendapat pilihan raya
memberi peluang parti politik menyediakan
manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan
raya mendidik rakyat untuk mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara
kita, dan menentukan
corak pemerintahan demokrasi yang tulen melalui pilihan raya.
Soalan 10
Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15
markah)
Malaysia
merupakan sebuah Negara persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang
mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan
Negeri. Kedua-dua kerajaan ini
menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan
Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek ekonomi, sosial,
keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi
Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri
pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan
Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak
pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat
Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang
Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet
diketuai oleh Menteri
Besar atau
Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Sultan atau YDP Negeri.
Bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Manakala
bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikut Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam dan Tanah. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.
Soalan
11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen
yang diamalkan dalam Negara ini.
(10
markah)
Sistem
demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. Dari sudut social, Negara akan
menjadi aman dan terhindar dari berlakunya
perpecahan kaum kerana pemilihan dijalankan
secara telus, benar dan teratur oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)
Hal ini
akan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akan menarik ramai
pelabur asing dan mereka akan menanam modal di negara kita, sekaligus membentuk
situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga
akhirnya akan membentuk situasi negara yang aktif
dalam persada perdagangan antarabangsa.
Jika
dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas
bersuara. Mereka bebas memilih
pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing
akan datang dan hal ini akan menaikkan
imej negara . Malaysia akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa
dalam semua bidang.
Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan
pengagihan kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri.) (10
markah)
Kebaikan
pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan
keadaan politik
yang lebih stabil. Kerajaan Pusat
tidak akan campurtangan dalam pentadbiran negeri dan sebaliknya.
Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran yang
seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi
lebih cekap. Pembangunan antara negeri akan menjadi lebih mantap.
Selain itu, perpaduan
akan menjadi lebih erat di kalangan rakyat.
Pengagihan
kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program pembangunan
Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara. Keamanan negara akan
dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir
sekali, pengagihan ini dapat mengurangkan beban kerajaan pusat yang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen dalam
pentadbiran negeri.
Soalan 13
Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk
Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di
persada antarabangsa.
(10
markah)
Amalan
demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan
negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi
negara.
Amalan
sistem demokrasi yang mementingkan pilihan rakyat
dengan pengekalan perpaduan kaum telah
menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu, amalan pilihan raya yang
telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan terserlah sebagai
tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan
bidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub
pendidikan antarabangsa. .
Amalan
demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
Negara Dunia Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identiti Malaysia menyebabkan
Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum yang
paling unik.. Amalan memberikan
kebebasan kepada Negara agar mencapai objektif Wawasan
2020 iaitu melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.
Soalan 14
Nyatakan usaha-usaha yang boleh
dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen/ nyatakan
peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh
warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.
(10 markah)
Usaha
bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah
senantiasa menghormati
keluhuran perlembagaan negara. Sebagai rakyat, kita mestilah
mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Rukun
Negara Malaysia. Contohnya, menghormati Raja dan
pemimpin Negara Malaysia.
Selain
itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Sebagai
rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh
merosakka negara seperti perhimpunan di jalanan.
Seterusnya
mengadakan
kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan demokrasi
berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat. Semangat
perpaduan diperkukuhkan
dalam kalangan masyarakat agar kedaulatan negara terpelihara. Kita dilarang
menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai
sejagat.
Pengenalan dakwat kekal semasa
pilihan raya contohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya
(SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi
berparlimen. Penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras
golongan pelampau dalam negara.
Peranan
yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang
telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga haruslah
menyokong dasar-dasar yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati
diri agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu
menghormati pemimpin negara dan mengamalkan
semangat toleransi serta meningkatkan
ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan
perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 15
Jelaskan cabaran-cabaran yang
mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)
Cabaran
yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses pemilihan pemimpin
dalam Parti-parti politik. Pilihanraya juga
tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering mengadakan protes
atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah terpengaruh
dengan idea media sosial baru terutamanya
campurtangan negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering
menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara. Selain itu,institusi beraja akan turut dipersendakan dan perpaduan
kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.
Untuk
mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah mestilah menguatkuasakan
undang-undang yang lebih tegas untuk membendung masalah rasuah. Badan
Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang
mencemarkan sistem pilihan raya. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi
membendung hak kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi, bagi menjamin pilihanraya yang
lebih adil.
Pihak
polis perlu memperketatkan
pemberian permit dan
mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan
perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi
ilmu keagamaan yang secukupnya supaya dapat
menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini. Manakala
pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah menerima hukuman setimpal.
Seluruh rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun
Negara secara mendalam.
Soalan 16
Nyatakan
nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) (5
markah)
Nilai-nilai
dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah memilih pemimpin yang
benar-benar layak untuk memimpin negara. Setiap warganegara
bertanggungjawab memilih pemimpin yang jujur,dan
amanah agar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat
mesti menghormati pemimpin negara yang telah dipilih secara adil dalam proses
pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul
tanggungjawab mengekalkan keamanan negara
supaya keadaan politik negara menjadi stabil.
Kita juga mestilah menghormati
hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat membuat
keputusan untuk mengekalkan kerajaan
berwibawa. Kita hendaklah mematuhi undang-undang
negara agar keselamatan negara terjamin. Sebagai warganegara yang
baik, kita mestilah menghormati agama dan budaya
kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap
warganegara.
SOALAN 17 : KESIMPULAN
(Kesimpulan keseluruhan isi yang
dibincangkan) (5
markah)
a. Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem
ini merupakan satu sistem pemerintahan
yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya.
Kerajaan yang memerintah perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu,
rakyat berpeluang membentuk sebuah kerajaan yang teguh.
b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara
Nilai murni dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat
cinta akan negara. Kestabilan negara
bergantung kepada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan. Di
samping itu, negara terus dihormati kerana kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara
dan bangsa.
c. Harapan menjadi bangsa dan negara
Malaysia harmoni dan stabil
Saya berharap agar negara akan terus aman dan
makmur. Selain itu, kerajaan
yang adil dapat dikekalkan hasil kerjasama
dalam kalangan rakyat. Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan
oleh generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia
perlulah diteruskan bagi memastikan pentadbiran
demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.
|
TEMA UMUM:
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara
Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera
pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen.
Soalan 1
1. (a). Konsep demokrasi
berparlimen
Sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen bermaksud rakyat terlibat
dalam sistem pemerintahan negara manakala raja-raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat.
(b). Latar belakang sistem demokrasi berparlimen
Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak
mencapai kemerdekaan.
Sistem raja berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
peringkat negara dan negeri.Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
rakyat berpeluang membentu kerajaan.
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan
raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaanyang
sedia ada melalui pilihan raya.
Soalan 2
Terangkan ciri-ciri
sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dari aspek
a. Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan sesebuah
negara. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan
dan prinsip sebagai panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang
memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin
kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara yang mengandungi
pelbagai peruntukan seperti Senarai
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,Institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
Perlembagaan membahagikan kuasa
antara Kerajaan persekutuan dengan
Kerajaan Negeri.
b. Raja Berperlembagaan
Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong
diwujudkan sejak tahun 1957.Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak
negara dan Ketua Utama Negara merupakan
simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat
Perdana Menteri.
Dalam menjalankan tugasnya,Yang
di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak
sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda
dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang
Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir. Pemilihan Yang
di-Pertuan Agong dibuat mengikut
peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga
badan iaitu Badan
Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman
(Judisiari) Baginda merupakan Ketua
Tertinggi angkatan Bersenjata. Yang di Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan
Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri
baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan
Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik . Perdana Menteri.Baginda
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan
Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika
mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda
bertanggungjawab melantik Peguam Negara
dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
c) Kuasa Pemerintah
Sebagai sebuah negara
demokrasi berparlimen Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintah dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan
kehakiman.
Badan Pelaksana melibatkan Jemaah Menteri atau kabinet merupakan badan
pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara .Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet
ialah menggubal dasar-dasar kerajaan
dalam semua perkara. Perdana
Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan,merancang dan menyelaraskan
program pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang
bertanggungjawab dalam semua perkara Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha
Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh
Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh
Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada
peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang
dikenal sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua
Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah Sesebuah Kementerian pada
kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat
pusat,negeri dan daerah.
Badan Berkanun merupakan badan separuh
kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai
peruntukan kewangan sendiri. Badan
ini ditadbir oleh sebuah Lembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada
Menteri yang berkenaan. Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan
di bawah rancangan lima tahun
kerajaan. Contoh badan berkanun
ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian
Muda (MADA)/Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan Pelantikan , kenaikan
pangkat dan memantau disiplin kakitangan kerajaan. Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan,Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Perundangan
Parlimen adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
Parlimen terdiri daripada Yang
DiPertuan Agong , Dewan Negara Dan Dewan Rakyat. Fungsi badan perundangan
ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli
dipilih daripada 13 buah negeri,iaitu
dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih
oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN. Dua orang ahli
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah
Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang
terdiri daripada individu yang telah
memberi sumbangan yang cemerlang
dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti
perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili
sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator
dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang Senator
memegang jawatannya bagi tempoh 3
tahun. Senator mesti berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun.Taraf
senator sama dengan ahli Parlimen.Senator boleh
dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan
Rakyat ialah 5 tahun
Tugas utama Dewan Rakyat
ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta Undang-undang yang dibuat oleh
Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen.
Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah
dinamakan Ordinan.
III.Badan Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara
sivil dan jenayah. Perkara sivil
berkaitan dengan saman (biasanya memerlukanaffidavit) manakala perkara jenayah
pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat
oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
Badan kehakiman berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan
oleh Perlembagaan Malaysia untuk
melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia. Mahkamah berkuasa mentafsir perlembagaan,mentafsir undang-undang
,mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi
undang-undang
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid
Melalui sistem ini,individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan
perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua
hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Urusan perlantikan,kenaikan pangkat,dan
pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang
hakim tidak boleh dipecat
sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik.Justeru itu
kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin.Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan
Peguan Negara juga akan
menjadi Pendakwa Raya atau PeguamBela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-Undang dan Kehakiman
d) Pilihanraya
Pilihanraya adalah proses
memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri
atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Pilihanraya diuruskan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya(SPR). Keanggotaan SPR dilantik oleh YD Agong selepas berunding dengan
Majlis
Raja-Raja Melayu
SPR ditubuhkan bagi menjamin pilihanraya yang adil dan bebas. SPR berfungsi
menentukan sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih,mengendalikan Pilihanraya Umum dan
Pilihanraya Kecil Warganegara Malaysia boleh menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya.
Calon
mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal,
tidak muflis, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah.
Ahli Parlimen atau Ahli Dewan
Undangan Negeri akan hilang kelayakan
jika dihukum penjara tidak kurang dari 12 bulan atau didenda tidak kurang
RM2000 dan belum mendapat pengampunan.Calon boleh bertanding mewakili parti
atau atas calon bebas
Pengundi mesti warganegara berumur 21
tahun, bermastautin
Atau tidak
bermastautin dan tinggal di mana-mana kawasan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri. Pengundi hanya boleh mengundi
di sebuah kawasan pilihan raya
sahaja.
Undi Pos diperuntukan kepada anggota
keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas yang diluar negara.
Soalan 3
Faedah/Kepentingan pelaksanaan Sistem Demokrasi
Berparlimen di Malaysia.
Kepentingan
Perlembagaan/ Raja Berperlembagaan/Pilihanraya/Pengagihan
kuasa pemerintah
Kepentingan Perlembagaan
adalah untuk menjamin kestabilan sesebuah negara
dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam
menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan,serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap
pemimpin memerlukan panduan semasa
memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan dan
aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat
patriotism dapat dibentuk, contohnya dalam Perkara 25 menyatakan bahawa
seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia
kepada negara ini.
Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada
tanah air untuk mengekalkan identiti
negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di
negara ini serta membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang. Perlembagaan dapat menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan
Sabah dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan dan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perlembagaan juga
memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
Perlembagaan menjadi rujukan
utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri untuk membolehkan
sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Kepentingan
Raja Berperlembagaan adalah Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara serta simbol
keutuhan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong berkuasa
mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda
sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai
kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri. Baginda
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan
jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana
Menteri. Yang
di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan
negara terancam.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
sehingga kini. Sistem ini
membantu memantapkan kewibawaan institusi
beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang
menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem
pemerintahan demokrasi. Pilihan raya membolehkan rakyat memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Pilihan raya
kecil diadakan apabila berlaku kekosongan di mana-mana kawasan parlimen
atau Dewan Undangan Negeri disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, perletakan jawatan dan perlucutan
jawatan.
Pilihan raya yang diadakan di Malaysia
penting supaya warganegara Malaysia bebas
memilih dan menganggotai mana-mana politik yang mereka gemari. Pilihan raya
membolehkan seseorang menjadi calon
dan boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon
bebas dalam pilihan raya. Pilihan raya membolehkan seseorang pengundi yang berkelayakan boleh
mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Pilihan raya penting supaya setiap
warganegara bertanggungjawab mengambil
tahu perkembangan politik semasa, melibatkan
diri dan memberi berpeluang kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan,
menyokong kerajaan yang disukai, menukar kerajaan yang sedia ada,mengekalkan
kerajaan yang adil, mengekalkan kerajaan yang sejahtera dan mengekalkan
kerajaan yang stabil.
Pilihan raya dapat menjamin kestabilan politik, menjamin kemakmuran ekonomi, menjamin
permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan, mengukuhkan sistem demokrasi
berparlimen, memantapkan sistem pemerintahan demokrasi dengan sokongan rakyat.
Melalui pilihan raya kerajaan yang memerintah dapat menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah.
Pengagihan kuasa pemerintah yang
terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting kerana
kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan
Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai
Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu
Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai Bersama pula
menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang
kuasa ini, kedua-dua kerajaan menpunyai kuasa terhadapnya. Pengagihan kuasa
dapat memelihara keharmonian hubungan kerajaan pusat dan kerajaan
negeri,mengekalkan kedaulatan negeri,memelihara hak negeri, memelihara tradisi
bangsa dan mengelakkan perbalahan
etnik di samping memelihara hak bumiputera.
Pengagihan kuasa membolehkan pemimpin dan
rakyat akan sentiasa mengamalkan sikap toleransi
untuk kepentingan bersama. Pengagihan kuasa
dapat mengurangkan beban kerajaan pusat, memudahkan pembangunan ekonomi, menyatupadukan pelbagai wilayah yang
berasingan, meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran agar menjadi lebih
sistematik, mengekalkan pemusatan kuasa, mengimbangi kuasa kerajaan pusat dan
kerajaan negeri dan membentuk kerajaan
Persekutuan yang stabil dan berwibawa.
Soalan 4
(a) Keperluan pindaan
perlembagaan
Antara
sebab perlunya pindaan perlembagaan ialah bagi melindungi kepentingan rakyat,
menjaga keselamatan negara serta melicinkan pentadbiran negara.
Pindaan perlembagaan diperlukan
bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan
beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu serta hak istimewa orang
Melayu.
Selain itu pindaan diperlukan
supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan perubahan dan keperluan keadaan
semasa di samping menjadikannya sebagai undang-undang yang munasabah agar
kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Pindaan perlembagaan bertujuan
untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang
bangsa di negara kita.
b) Membandingkan fungsi /
tugas Badan Pemerintah
i) Badan Pelaksana ( Eksekutif )
Badan pelaksana terdiri daripada
Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Suruhanjaya, Perkhidmatan Awam, Jabatan
serta Badan Berkanun. Jabatan Perdana Menteri merupakan pembuat dasar tertinggi
negara yang menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping
berfungsi sebagai badan pelaksana undang-undang. Di peringkat kementerian,
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras
program pembangunan ekonomi dan sosial.
Terdapat 26 buah kementerian.
Suruhanjaya pula berfungsi dalam
mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin
kakitangan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara yang bertanggungjawab mengawai perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan. Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kumpulan
perkhidmatan awam. Jabatan diketuai oleh ketua jabatan yang dikenali dengan
gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah
kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan
berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Ia ditadbir oleh sebuah
Lembaga Pengarah yang bertanggungjwab pada menteri yang berkenaan.
ii) Badan Kehakiman ( Judisiari )
Antara fungsi Badan Kehakiman
dalam Sistem Kehakiman Malaysia ialah mendengar dan menentukan perkara sivil
dan jenayah, menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan
Perundangan dan pihak Badan Pelaksana, berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri serta melaksana tugasnya melalui sistem mahkamah.
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Negara, mentafsir undang-undang
dan mengisytiharkan undang-undang bertulis. Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri serta mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak
sah di sisi undang-undang.
iii) Badan Perundangan (
Legislatif )
Badan Perundangan terdiri
daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berfungsi menggubal undang-undang
bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang.
(c) Pengagihan kuasa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri
I Senarai Persekutuan
Senarai Persekutuan memuatkan
bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa
terhadapnya. Antaranya hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
pentadbiran dan keadilan, kerakyatan, pilihanraya serta kewangan. Selain itu,
ia juga meliputi aspek pelajaran, kesihatan, orang Asli, keselamatan buruh dan
sosial, kerja raya serta perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
II Senarai Negeri
Senarai Negeri mengandungi
bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja
mempunyai kuasa terhadapnya. Antaranya undang-undang Islam, tanah, pertanian
dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan, Kerajaan Negeri,
Undang-undang negeri dan hari cuti negeri.
III Senarai Bersama
Senarai Bersama pula menurunkan
bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai
kuasa terhadapnya. Antara bidang kuasa secara bersama ialah kebajikan sosial,
biasiswa,Taman Negara, perancangan bandar dan wilayah, penjagaan haiwan, kesihatan
dan kebersihan awam, parit dan tali air, pemulihan, hiburan awam serta
perhubungan.
Kepentingan Pengagihan Kuasa
Antara kepentingan pengagihan kuasa ialah dapat menjamin kestabilan
politik negara di samping mewujudkan pentadbiran yang seragam. Selain itu, ia dapat melancarkan dan menjamin
pentadbiran yang lebih berkesan. Justeru
itu, pentadbiran akan menjadi lebih mantap.
Selanjutnya, rancangan pembangunan
dapat dikendalikan dengan teratur manakala dapat mengukuhkan perpaduan
rakyat. Malah, kesejahteraan dan
keharmonian rakyat dapat dipelihara serta dikekalkan. Akhirnya, pengagihan kuasa ini dapat
mengurangkan beban kerajaan pusat.
d) Proses Pilihan raya
d) Proses Pilihan raya
Proses pilihan raya dimulai
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sempadan / kawasan
pilihanraya. SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, penamaan
calon, penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding dan disusuli dengan
pelancaran kempen pilihan raya. Biasanya antara 7-15 hari. Selanjutnya SPR membuat pengumuman tentang
tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
Pada hari mengundi yang ditetapkan, para pengundi akan diberi kertas
pengundian yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat
pengundian.
Seterusnya ialah pembuangan undi
iaitu pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi kemudiannya
memasukkan kertas undi tersebut ke dalam peti yang disediakan. Proses
selanjutnya ialah pengiraan undi dibuat selepas 5 petang. Calon yang memperoleh kiraan undi terbanyak
dikira sebagai pemenang. Proses terakhir
ialah pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Soalan 5
i)
Pelaksanaan (Demokrasi Berparlimen/Pilihan Raya/Pengagihan Kuasa) Penting / Memberi Manfaat Kepada Rakyat dan Negara.
ii)
Peranan / usaha
rakyat/ demokrasi berparlimen/Perlembagaan/Pilihan raya/badan
pemerintah mengukuhkan pentadbiran negara.
Keadaan ini menjamin kestabilan politik negara, memastikan pentadbiran
licin dan cekap, memajukan ekonomi negara dan menjamin keadilan kepada semua
kaum di Malaysia. Selain itu, melahirkan warganegara yang bertanggungjawab,
menjamin perpaduan antara kaum, mengekalkan kedaulatan negara dan menaikkan
imej negara. Seterusnya, dapat merealisasikan wawasan 2020, menjamin kebebasan
bersuara, melahirkan pemimpin yang berkaliber dan membentuk rakyat yang matang.
Tidak ketinggalan, ia akan meningkatkan daya saing negara, melahirkan
masyarakat yang berilmu dan mengukuhkan hubungan negara serantau dan
antarabangsa.
Soalan 6
6. a) i. Kejayaan sistem demokrasi berparlimen dalam memakmurkan negara
ii. Kejayaan sistem demokrasi
berparlimen dalam mewujudkan masyarakat
dan negara Malaysia yang
sejahtera.
iii. Amalan demokrasi berparlimen telah
memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia serta kesejahteraan rakyat.
iv. Kejayaan
sistem demokrasi berparlimen dalam menjana kemakmuran negara Malaysia.
Kejayaan sistem
demokrasi berparlimen dalam memakmurkan negara ialah melahirkan rakyat yang
setia kepada raja dan negara. Selain itu rakyat yang patuh kepada undang-undang
akan menjamin kestabilan dan keamanan negara. Rakyat bebas dan bekerjasama
dalam menjalankan aktiviti ekonomi telah
menarik minat pelabur asing seterusnya menambah peluang pekerjaan.
Kemasukan pelabur asing pastinya akan meningkatkan infrastruktur yang akan
menaikkan taraf hidup rakyat. Penekanan sifat tolong-menolong dan bertoleransi
dalam sistem demokrasi akan melahirkan rasa cinta dan sanggup berkorban demi
kemakmuran negara.
b) Ketelusan pilihan raya jamin
pentadbiran mantap
Ketelusan pilihan raya
menjamin pentadbiran mantap apabila wujud kerjasama rakyat dan parti yang
bertanding. Sifat tolong-menolong juga dapat diamalkan sepanjang proses pilihan
raya. Akhlak mulia yang ditonjolkan oleh calon parti yang bertanding
menunjukkan kematangan dalam sistem demokrasi. Ketaatan undang-undang menjamin
kelancaran dan menjaga keamanan negara. Kebebasan membuat pilihan berlandaskan
perpaduan di kalangan rakyat menjamin kestabilan negara. Pentadbiran yang
mantap akan memajukan ekonomi seterusnya menjadi contoh kepada negara
lain.
Soalan 7
(i)
(a)
Melaksanakan Demokrasi Berparlimen
(b)
Memastikan keamanan melalui perlembagaan / undang-undang
(c)
Memastikan kestabilan politik berterusan
(d)
Memastikan pilihanraya telus dan adil
Cabaran yang dihadapi ialah untuk mengekalkan perpaduan . Malaysia
mempunyai pelbagai kaum,
agama dan bahasa ibunda. Selain itu cabaran untuk mengekalkan persefahaman dalam
berpolitik kerana di Malaysia terdapat pelbagai
ideologi politik. Cabaran yang
lain ialah tahap kematangan rakyat berpolitik masih rendah. Cabaran seterusnya
ialah menangani cabaran
globalisasi. dan penyebaran maklumat
yang kurang tepat .
Seterusnya cabaran menangani pengaruh luar dan ancaman keselamatan oleh
kuasa-kuasa besar dunia. Selain itu, cabaran menangani politik wang dalam
pilihanraya atau parti. Cabaran seterusnya ialah semangat patriotisme dan jati
diri dalam kalangan rakyat semakin luntur. Cabaran berikutnya politik dikuasai oleh golongan elit .
Akhirnya cabaran keengganan pihak tertentu menerima suara majoriti rakyat.
Soalan 7 (ii)
Langkah-langkah
untuk menangani cabaran tersebut.
Langkah-langkah untuk menangani
cabaran tersebut ialah rakyat
Malaysia perlu
mengekalkan perpaduan kaum dan
menghayati serta mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun
Negara. Selain itu, semua lapisan masyarakat
harus berfikiran terbuka dengan mengamalkan
politik yang sihat dan saling menghormati
ideologi politik masing-masing. Setiap individu perlu
memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi.
Rakyat harus menyokong penuh pemerintah negara dengan menjaga
keamanan serta mempertahankan kedaulatan
negara. Selain itu pemimpin juga perlu berwibawa dan berpandangan jauh. Rakyat
juga perlu menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mematuhi
undang-undang dan setia pada negara.
Soalan 8
Nilai murni yang diperoleh hasil daripada
sistem demokrasi berparlimen
Nilai murni yang diperoleh ialah
rakyat hidup aman dan damai
kerana rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat bebas bersuara
dan bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya yang diadakan. Rakyat juga bebas memiliki harta dan kekayaan tanpa
sekatan asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Rakyat juga taat kepada
pemerintah dan patuh pada undang-undang negara serta mempunyai semangat
cintakan negara. Seterusnya toleransi
dan saling memahami antara masyarakat
dapat dipupuk.
Soalan 9
RUMUSAN
Pengetahuan yang
diperoleh ialah Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
melibatkan peranan rakyat dalam pilihan raya, peranan pemimpin dalam kuasa
pemerintahan dan peranan yang Dipertuan Agong sebagai ketua Negara.
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah kerjasama antara rakyat dan
pemimpin penting untuk kemajuan Negara. Perpaduan yang kukuh akan memastikan
sistem demokrasi dapat dilaksanakan dengan lancar dan menjamin kedaulatan
Negara berterusan.
Harapan saya semoga Malaysia dapat mengekalkan sistem pemerintahan sedia ada, kekal berdaulat dan
semakin maju menjelang tahun 2020.
CADANGAN JAWAPAN GUMPALAN
(KUMPULAN GALUS)

d) Proses Pilihan
raya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CADANGAN JAWAPAN:
Contoh Soalan :
Sistem pentadbiran negara
sebelum sistem pemerintahan demokrasi
Berparlimen
diperkenalkan di Malaysia.
[5 markah]
Isi
Jawapan :
Sebelum
Sistem Demokrasi Berparlimen diperkenalkan, negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem
pentadbiran yang boleh dibanggakan. Pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka diketuai oleh sultan. Baginda dibantu oleh pembesar pusat yang terdiri
daripada Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Syahbandar serta dibantu oleh
pembesar di peringkat daerah. Pentadbiran dijalankan mengikut Hukum Kanun
Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Di
Negeri Sembilan, sistem pemerintahan berasaskan Adat perpatih. Kedaulatan
berada di tangan rakyat. Perlantikan pemimpin daripada peringkat paling bawah.
Anak Buah, memilih Buapak, Lembaga Undang dan melantik Yang Dipertuan Besar. Walaupun
Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi, tetapi keputusan dibuat
berdasarkan perundingan dengan Undang.
Kerajaan
Johor dan Trengganu mempunyai undang-undang tubuh berasaskan perlembagaan
Barat. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Tubuh Negeri
Terengganu dibentuk untuk memantapkan pentadbiran negeri. Pentadbiran
dijalankan melalui Majlis Mesyuarat Negeri.
Contoh Soalan :
Sebab negara kita memilih sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen sebagai asas pentadbiran
negara.
[15 markah]
Isi
Jawapan :
Negara kita memilih sistem
demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran kerana rakyat berpeluang memilih
kerajaan melalui pilihan raya. Rakyat berhak untuk memilih, menukar atau
mengekalkan kerajaan. Sistem demokrasi berparlimen juga dipilih kerana hendak
mengekalkan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan dan menjadi lambang
taat setia rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen
dipilih kerana hendak melicinkan pentadbiran negara. Pentadbiran menjadi lebih
lancar dengan mewujudkan pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama.
Sistem
Demokrasi Berparlimen dipilih kerana hendak menjamin kestabilan politik negara
Malaysia. Kuasa pemerintahan negara dibahagikan kepada Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Ketiga-tiga badan yang dipegang oleh pihak berasingan dapat mengelakkan
pembolotan kuasa.
Negara
kita memilih Sistem Demokrasi berparlimen kerana hendak mengekalkan perpaduan
rakyat. Gabungan parti politik pelbagai kaum dalam kerajaan dapat mewujudkan
integrasi nasional.
Sebab anda patut berbangga dengan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]
Isi
Jawapan :
Sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dapat mewujudkan keamanan negara. Sistem demokrasi berparlimen
membolehkan rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat layanan
yang adil, saksama dan sama rata. Tunjuk perasaan dan pertumpahan darah tidak
berlaku di Malaysia kerana rakyat berpuas hati dengan amalan demokrasi
berparlimen.
Sistem demokrasi berparlimen mengehadkan kuasa
pemerintah agar tidak tiada penyalahgunaan kuasa terhadap rakyat dan negara. Sistem
demokrasi berparlimen menjamin kestabilan politik negara. Sistem demokrasi
berparlimen dapat memelihara kesucian agama Islam. Yang diPertuan Agong
mempunyai bidang kuasa menjaga agama Islam.
Sistem
demokrasi berparlimen membolehkan pemimpin menjalankan pemerintahan menepati
aspirasi rakyat dengan merujuk prinsip pentadbiran yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia.
Sistem demokrasi berparlimen dapat memelihara hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera lain. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak juga tertera dalam perlembagaan. Sistem
demokrasi berparlimen menetapkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dilaksanakan
dengan berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.
Sistem
demokrasi berparlimen dapat memantapkan undang-undang negara. Badan Perundangan
bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Sistem
demokrasi berparlimen meletakkan Perlembagan Malaysia menjadi rujukan utama
dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang-undang lain. Tidak ada
undang-undang lain yang harus mencabar keunggulanya.
Sistem
demokrasi berparlimen memastikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia dipatuhi.
Contoh Soalan :
Perlunya setiap warganegara memahami prinsip amalan sistem pemerintahan demokrasi.
[10 markah]
Isi
Jawapan :
Warganegara Malaysia perlu
memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen supaya mereka dapat memilih
pemimpin yang berwibawa untuk menerajui pentadbiran negara. Melalui pilihan
raya, rakyat boleh memberi mandat kepada sesebuah parti untuk membentuk
kerajaan dan memerintah negara. Rakyat mengetahui bahawa kerajaan yang memerintah hendaklah menunaikan
tanggungjawabnya. Memahami prinsip amalan demokrasi dapat menjamin kestabilan
politik dan kamakmuran ekonomi negara.
Warganegara
Malaysia juga perlu memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen agar mereka
tahu akan hak dan peranan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara tahu
bahawa mereka dilindungi oleh perlembagaan. Perlembagaan Malaysia menjamin hak
asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara bebas berpersatuan, beragama dan
memiliki harta.
Kefahaman
terhadap prinsip amalan demokrasi membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan
mereka di sisi undang-undang.
Warganegara
Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen bagi menjamin
kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dan
pemerintahan kerajaan. Perlembagaan Malaysia menjadi panduan kerajaan untuk
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Parti politik yang memerintah mengetahui hala tuju
pentadbiran negara. Pemimpin dapat menjalankan pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Kefahaman
tentang prinsip demokrasi berparlimen dapat menghindarkan pemerintah daripada melakukan penyalahgunaan
kuasa. Pemerintahan yang bercirikan demokrasi berparlimen perlu difahami oleh
warganegaranya demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.
Memahami
prinsip amalan demokrasi dapat mengelakkan perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka. Seseorang individu tidak menyentuh perkara yang sensitif secara
terbuka kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Warganegara perlu memahami prinsip demokrasi agar keselamatan,
ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita
terpelihara.
Contoh Soalan :
Kejayaan
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah mensejahterakan masyarakat dalam negara.
[10 markah]
Isi
Jawapan :
Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Amalan tersebut telah meningkatkan taat setia rakyat kepada negara dan pemerintah.
Malaysia
berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan
Malaysia. Pemerintahan tersebut menyebabkan menjamin keselamatan negara dan
rakyat.
Malaysia
berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan
pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan pentadbiran negara lebih cekap.
Malaysia berjaya memperkasakan
fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional
dan berhemah. Situasi itu menyebabkan dasar yang diluluskan lebih mengutamakan
kebajikan rakyat.
Malaysia
berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara
menjadi stabil dan berkembang pesat
ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur dan sejahtera.
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan
Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Rakyat
dilindungi oleh undang-undang secara adil.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan
raya yang bebas dan bersih. Rakyat mendapat
hak asasi dan kebebasan untuk memilih kerajaan yang berwibawa dalam
sistem pilihan raya di negara ini.
Malaysia
berjaya melibatkan rakyat dalam politik melalui pilihan raya. Pemimpin Rakyat
boleh memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang
sosial dan pendidikan dalam negara.
Malaysia berjaya memberi kebebasan
kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan. Tindakan
tersebut dapat meningkatkan penglibatan rakyat dalam membantu meringankan
krisis kemanusiaan.
Malaysia berjaya memupuk
perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Rakyat dapat
mengamalkan kehidupan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara
ini.
Malaysia berjaya mengamalkan
konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Rahsia kejayaan ini dapat mewujudkan pembangunan seimbang antara negeri dalam
Persekutuan Malaysia.
Contoh Soalan :
Tanggungjawab / peranan setiap warganegara dalam meneruskan pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]
Isi
Jawapan :
Antara peranan warganegara
Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa
menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
Rakyat
hendaklah memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyat
hendaklah sentiasa menghayati semangat nasionalisme. Setiap warganegara
hendaklah sentiasa menyanjung kebaikan dasar-dasar kerajaan agar dapat
mengekalkan sistem pemerintahan yang sedia ada.
Rakyat
hendaklah mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi
menjamin keselamatan negara. Kadar jenayah dalam negara akan berkurangan jika
setiap awrganegara patuhi undang-undang.
Setiap warganegara hendaklah menjalin
hubungan baik dengan kaum-kaum lain. Sikap toleransi kaum dapat menjadikan
integrasi nasional lebih kukuh. Semangat kekitaan semakin kukuh dalam jiwa
rakyat Malaysia.
Setiap
warganegara perlu mendokong dasar kerajaan. Slogan yang dilancarkan oleh
kerajaan hendaklah difahami dengan jelas. Konsep slogan tersebut perlu
disebarluaskan agar wawasan kerajaan difahami oleh orang lain.
Warganegara yang prihatin perlu menegur kesilapan
kerajaan. Teguran yang dilakukan hendaklah dibuat dengan cara yang berhemah.
Cadangan patut menggunakan saluran yang betul supaya sampai kepada kerajaan dan
dapat meningkatkan kecekapan urustadbir kerajaan.
Kita
janganlah membangkitkan perkara-perkara sensitif demi memelihara keharmonian
kaum di negara kita. Tindakan ini dapat mengelakkan ketegangan dan perbalahan
kaum.
Rakyat
haruslah menyokong usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara dari
diceroboh oleh anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat
dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan.
Rakyat
harus bekerjasama dan membantu kerajaan mengekalkan keharmonian negara. Keamanan
negara mampu memacu pembangunan ekonomi Malaysia dengan lebih cemerlang.
Warganegara
Malaysia mestilah melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap
warganegara harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara.
Individu yang berkelayakan hendaklah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan
raya
Warganegara
Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan. Raja
Berperlembagaan menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Pengukuhan
institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.
__________________________________________________________________________________
20I3
CONTOH JAWAPAN KERTAS 3
ISI KANDUNGAN MODUL
HASIL PERBINCANGAN DGN MURID2
HASIL PERBINCANGAN DGN MURID2
RAMALAN 1
RAMALAN 2 (PEPERIKSAAN PERCUBAAN)
CONTOH JAWAPAN MURID
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
CONTOH 1:
Malaysia telah menjalikan hubungan dengan negara-negara luar bagi menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan fakta yang diperoleh, bincangkan sejarah perkembangan pembentukan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
1. PENGENALAN (5 MARKAH)
Nyatakan matlamat dasar luar negara kita.
(rujuk buku teks-m.s 237)
2. MEMAHAMI (30 MARKAH)
i. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan Dasar Luar Malaysia. (15m)
(rujuk buku teks m.s 237-239)
ii. Terangkan perkembangan Dasar Luar Malaysia (15m)
(rujuk buku teks m.s 240-242)
3. MENGANALISIS (15 MARKAH)
Huraikan faedah yang diperolehi Malaysia dengan menganggotai Pertubuhan Bangsa
Bangsa Bersatu.
Bangsa Bersatu.
(rujuk buku teks m.s 240-242)
4. MENGAPLIKASI (15 MARKAH)
Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa secara aktif. Apakah
peranan yang dimainkan oleh negara kita sehingga kini?
Peranan yang dimainkan oleh Malaysia ialah menjadi tuan rumah Sidang Komanwel 1989 (CHOGM) dab mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar. Malaysia juga bersuara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 98. Malaysia turut terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menghantar pasukan pengaman ke Congo/Zaire, Namibia dan Bosnia. Tidak ketinggalan juga Malaysia menghantar pasukan pengaman ke sempadan Iran-Iraq/Kampuchea/Timor Leste.
Di samping itu, Malaysia menyarankan agar benua Antartika dijadikan warisan dunia. Malaysia juga mengambil pendirian tegas terhadap usaha-usaha menangani gejala penyalahgunaan dadah.
Malahan Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang di-Pertua Persidangan Anti Dadah di Vienna (Austria) pada 1987. Di samping itu, Malaysia bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO,WHO, dan UNESCO.
Malaysia juga pernah menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB (1965,1989 dan 1999). Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan Agong PBB dan wakil Khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Mynmar.
Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB untuk menyelesaikan masalah Palestine dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestine di Kuala Lumpur. Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membina kepentingan negara-negara membangun dalam sidang kemuncak NAM ke-7 di New Delhi.
5. MENILAI (10 MARKAH)
Komanwel:
Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan, dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
Perjanjian pertahanan dengan Britain, Austrlia, dan New Zealand juga menjanjikan bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
Dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan dapat menarik kehadiran pelancong asing ke negara ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Malaysia telah menjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945.Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Malaysia juga mendapat bantuan teknikal dan nasihat semasa menghadapi ancaman Virus Nipah. Malaysia telah bekerjasama dalam bidang pengeluaran makan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan berubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
6. MENJANA IDEA (10 MARKAH)
Cadangan saya untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa, pertama Malaysia perlu melahirkan pemimpin yang berani bersuara lantang diperingkat antarbangsa.
Kedua, Malaysia perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan. Ketiga, Malaysia perlu menjadi pemimpin dan mengetuai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Keempat, menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa. Kelima, menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Keenam, menyertai pameran bertaraf antarabangsa. Ketujuh melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa berkaitan R&D. Kelapan, menghasilkan penyelidikan, buku, novel yang bertaraf antarabangsa. Kesembilan, menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak. Kesepuluh, menjadi pelopor hab halal dunia.
7. MENGHAYATI NILAI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME (10 MARKAH)
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan negara luar.
Sifat hormati-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan manfaat kepada negar kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam kalangan warganegara kita.
Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang. Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar.
8. RUMUSAN (5 MARKAH)
Anda telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan negara?
Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah perhubungan antarabangsa. Kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.
Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara.
Negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti, dan berwawasan serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. MENILAI (10 MARKAH)
Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa telah memberi banyak manfaat kepada negara kita. Jelaskan.

Berikan cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

FOTO WAJAH2 CERIA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEJARAH SPM 2013
SEJARAH SPM 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan