CONTOH MENULIS JAWAPAN KERTAS 2



TEKNIK MENJAWAB:

1. TULIS JAWAPAN ANDA DGN TULISAN YANG KEMAS DAN  MUDAH     DIBACA.
2. JIKA BOLEH GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM AGAR MUDAH DIBACA OLEH PEMERIKSA.


CONTOH 1:
        Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.

         Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.

         Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.


CONTOH 2:
CIRI-CIRI TAMADUN


       Ciri tamadun awal dunia  ialah mempunyai petempatan kekalPenduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.
        
         Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosialLebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.
        
         Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahanSistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaanUndang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
        
         Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.
        
         Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaanMasyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.
        
         Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.             

CONTOH 3:













Tiada ulasan: