Sabtu, 11 Mei 2013


BAB 9    MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1 Konflik Antarabangsa

Perang Dunia Pertama (1914-1918)
Faktor-faktor
Perang Dunia pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
1. Munculnya nasionalisme dalam kalangan rakyat di Eropah.
2. Penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar seperti Itali dan Jerman.
3. Itali dan Jerman menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia yang berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan.
4. Nasionalisme yang kuat telah mencetuskan perang dalam kalangan kuasa-kuasa besar.
5. Berlakunya persaingan kuasa-kuasa besar dalam merebut peluang ekonomi.
6. Imperialisme baru yang wujud telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam kalangan kuasa Eropah bagi membentuk lingkungan pengaruh bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka.
7. Munculnya sistem pakatan negara-negara Eropah merangkumi Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada negara Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. Kemudian disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga terdiri daripada British, Perancis dan Russia. Kemudiannya disertai Itali dan Jepun.
8. Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mengancam perimbangan dunia yang wujud pada ketika itu.
9. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia dianggap sebagai faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Peristiwa
1. Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
2. Jerman menyokong Austria menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.
3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium iaitu sebuah negara berkecuali.
4. Serangan ke atas Perancis melalui Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.
5. Britain yang bermusuh dengan Jerman turut terlibat dalam peperangan ini.
6. Britain meminta bantuan Amerika Syarikat.
7. Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat juga turut serta dalam peperangan tersebut.
8. Peperangan tersebut dimenangi oleh Pakatan Bertiga.
Kesan Perang
1. Dari segi politik, pemerintahan beraja di Eropah telah ditamatkan. Maharaja Jerman digulingkan dan dibuang negeri.Jerman menjadi republik.
2. Persidangan damai diadakan pada bulan Jun 1919 dan termeterinya Perjanjian Versailles.
3. Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti Yugoslavia,Latvia dan Finland.
4. Perjanjian ini telah membentuk Liga Bangsa yang menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta keselamatan bersama. Liga Bangsa terdiri daripada Negara-negara Berkecuali dan negara-negara bersekutu kecuali Amerika Syarikat. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.
5. Dari segi ekonomi, berlaku inflasi dan hutang disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
6. Perang ini menelan perbelanjaan yang besar. Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 billion. Perikatan Kusas Tengah membelanjakan US$ 60 billion.
6. Amerika Syarikat dan Jepun mula menguasai pasaran dunia.
7. Britain mengalami kerugian dan kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
8. Dari segi sosial, banyak berlaku kehilangan nyawa.

Perang Dunia Kedua (1939-1945)
Faktor-faktor
1. Kegagalan Perjanjian Versailles mengatasi masalah perang Dunia Pertama.
2. Perubahan politik di Jerman. Pemimpin Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles kerana dipaksa membayar pampasan perang yang tinggi, kehilangan tanah jajahan serta jumlah angkatan tentera dikurangkan.
3. Munculnya Adolf Hitler yang berjaya menguasai pemerintahan Jerman melalui partinya National Sosialist.
4. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang besar.
5. Di Russia, Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia dengan bantuan tentera dari Amerika  Syarikat, Britain, Perancis, dan Jepun. Setelah Lenin meninggal dunia tempatnya digantikan oleh Joseph Stalin.
6. Di Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada 1935 dan 1940.
7. Di Timur, Jepun berhasrat untuk menguasai negaranegara Timur dengan tujuan untuk membebaskan negara-negara ini dari penjajahan barat.
8. Dari segi ekonomi, berlaku kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.
9. Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat menyebabkan bantuan pinjaman kepada Jerman terpaksa dihentikan.
10. Negara Eropah seperti Britain, Perancis, dan Itali terpaksa mengurangkan jumlah peruntukan ketenteraan.
11. Jerman menguatkan ketenteraan dan menjalankan perluasan kuasa bagi mengalih perhatian rakyatnya dari masalah ekonomi. Begitu juga Jepun.

Peristiwa
1. Perang Dunia Kedua berlaku selepas Jerman menyerang Poland dari Barat dan USSR menyerang Poland dari Timur.
2. Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
3. Jepun pula bertindak menyerang Pearl Harbour secara mengejut pada 7 Disember 1941 dan memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
4. Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada September 1942.
5. Terdapat dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Bersekutu (Britain, Perancis, dan Rusia), dan Kuasa Paksi (Jerman, Itali, dan Jepun).
6. Kuasa Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada Mei 1945 dan Jepun pada 6 Ogos 1945. Di Jepun,dua bom atom dijatuhkan di bandar Hiroshima da Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.

Kesan
1. Negara Jerman berpecah menjadi dua bahagian, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
2. Sistem imperialisme di Barat mengalami keruntuhan menyebabkan tanah jajahan mencapai kemerdekaan melalui kuasa-kuasa besar.
3. Amerika Syarikat memberi kemerdekaan kepada Filipina dan Indonesia daripada Belanda, manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain.
4. Negara-negara baru tersebut menghadapi masalah warisan ekonomi penjajah dan usaha membangunkan ekonomi di negara masing-masing.
5. Dari segi sosial, banyak nyawa yang terkorban.
6. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.
7. Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.

Blok Dunia
1.Blok dunia dan Perang Dingin muncul disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam siri rundingan perdamaian
Perang Dunia Kedua.
2. Blok dunia adalah usaha negara-negara sehaluan bersatu dan bertindak demi kepentingan bersama.
3. Blok dunia muncul melalui pelbagai bentuk, iaitu ekonomi, politik, dan geografi.
4. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.