KERTAS 3 (2)





CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014

1. Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen

Demokrasi  berparlimen  bermaksud  rakyat  melibatkan  diri  dalam  sistem pemerintahan Negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak  menyokong, mengekalkaatau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

2. Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen yang berikut :
a) Perlembagaan

Ciri sistem demokrasi berparlimen ialah perlembagaan. Perlembagaan ialah undang - undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Perlembagaan mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi
18 perkara Perlembagaa in mengandung peruntuka sepert senara kerajaan




persekutuan,  kerajaan  negeri  dan  senarai  bersama.  Institusi  Yang  Dipertuan  Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.

Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.

Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang -undang atau  perlembagaan  itu  sendiri.  Bukti  keluhuran  perlembagaan  ialah  kuasa  parl imen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan.

Parlimen  memperoleh  kuasa  daripada  perlembagaanYang  Dipertuan  Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. KeluhuraperlembagaaMalaysia  mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah. Semua jenis undang - undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah .



b) Raja berperlembagaan

Raja Berperlembagaan ialah jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun
1957. Menjadi tonggak Negara dan Ketua Utama Negara.  Yang di-Pertuan Agong sebagai
pemerintah Tertinggi. Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat.

Bertindak berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda membuat keputusan. Dipilih daripada kalangan Sembilan orang raja Melayu daripada Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai ketua Negara, mengetuai tiga badan  kerajaan  iaitu  Badan  Perundangan,  Badan  pemerintah  dan  Badan  Kehak iman, Mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen, Ketua tertinggi Angkatan Bersenjata,   berkuasa   mengampu da menangguhka sesuat hukuma terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, bertanggungjawab menjaga dan memelihara  kedudukan  dan  haistimewa  orang  Melayu.  Menitahkan  MajliRaja-Raja Melayu  mengadakan  mesyuarat bagi membincangkan  keistimewaankedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,  Pulau  Pinang,  Melaka,  sabah,  Sarawadan Wilayah  Persekutuan.  Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-undang X jika mendapat keselamatan Negara terancam. Mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.



3. Peranan Kuasa Pemerintahan di Malaysia a) Badan Perundangan (LEGISLATIF)

Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya menggubal undang-undang oleh Parlimen bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.




Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.

Dewan  Negara  mengandung69  orang ahli.  AhlDewan  Negara  atau    Senator mewakili setiap negeri dan Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya. Memegang jawatan selama tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf  Senator sama  dengan  AhlParlimen dan  boleh dilantik  menjadahli  Jemaah  Menteri.  Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Dewan  Rakyat  merupakadewaterpenting  keranahlinydipiliolerakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli. Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya seluruh negara. Tempoh jawatan bagi ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat. Undang- undang  yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.


b) Badan Pelaksana (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar  kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adala mengguba dasar-dasa kerajaa dala semua   perkara Perdan Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. Pada Masa ini terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang   tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam di Malaysia  diketuai oleh setiausaha Negara (KSN). Beliau bertanggungjawa mengawasi   perjalana kementeria da jabata kerajaan Pada peringkat kementerian. Pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). Beliau  dibantu  oleh  kakitangan  kerajaan  yandikenali  sebagai  pegawai  perkhidmatan awam. Semua Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua  PengarahSesebuah  kementerian  biasanya  mempunyai  jabatan  pada  peringkat pusat, negeri dan daerah.

Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan ber kanun ini mempunyai pelbagai tugas datanggungjawab  yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program  pembangunadi  bawah  rancangan  lima  tahun kerajaan.

Beberapa Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin kakitangan Perkhidmatan. Antaranya  termasuklah  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awa(SPA),  Suruhanjaya Perkhidmata Pendidika (SPP) Suruhanjay Perkhidmata Undang -undan dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

c) Badan Kehakiman (JUDISIARI )

Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman. Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam). Badan Kehakiman menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara kita. Mahkamah mempunyakuasa mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan  Persekutuan  atau  Kerajaan  Negerdan  mempunyai  kuasa  mengisytiharkan sesuatu  tindakan  kerajaan  tidak  sah  di  sisi    undang-undang.  Mahkamah  tidaboleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak puas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Agong. Seseorang hakim dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang- undang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantukan oleh Pegawai Perkhidmatan Undang - Undang dan Kehakiman.



4) Perlaksanaan Sistem Pilihan raya yang terdapat di Malaysia.

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeratau  persekutuan.    Pemilihan indilakukan  secara  sulit  menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Pembentukan Pilihan Raya yang terdapat di Malaysia dapat dilihat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan  Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan  pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.



Sebab Pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli  Dewan  Undangan  Negeri  secara  serentak  di  seluruh  Semenanjung  Malaysia.  Di




Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan  raya  kecil  diadakan  apabila  berlaku  kekosongan  kerusi  di  mana -mana kawasan  Parlimen  atau  Dewan  Undangan  Negeri.  Kekosongan  itu  berlaku  mungki n disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawata n. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Perlaksanaan Pilihan Raya di Malaysia ialah melalui Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Proses Penamaan calon dijalankan oleh parti politik yang ingin bertanding. Selepas itu penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding dijalankan mengikut kehendak yang dipilih. Pelancaran kempen pilihan raya ditentukan oleh parti politik dan ianya tertakluk di bawah akta perlembagaan. Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undiPembuangan undi,     Pengiraan undi, Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon yang ingin menganggotai parti politik ialah Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin  di  Malaysia,  sempurna  akalbukan  orang  yang  muflis,  tidak  memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam sesuatu pilihan  raya boleh bertanding atas nama  parti ataatas  namindividu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan  kertas penamaan calopada hari penamaan calon.

Kelayakan Pengundi dalam Pilihan Raya  di Malaysia melalui seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihan raya tersebut. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya di negara kita dijalankan sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua  Eksekutif  dan  Ketua  Pentadbir  urus  setiaMereka  dibantu  oleh  sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukabentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya .




5.  Cara / Langkah / Usaha  Mengekalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia

Cara sistem demokrasi  di Malaysia dapat dikekalkan ialah Kerajaan perlu mendidik rakyat agar  menggunakan  sistem  demokrasi dengan  cara  yanbetul.  Kita  seharusnya mengamalkan sistem demokrasi dengan cara yang betul. Kita juga seharusnya berusaha mengelakkan campur tangan asing dalam urusan pentadbiran negara. Rakyat perlu juga mengekalkan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk.   Semangat demokrasi perlu disuburkan seja di peringkat awal pendidikan lagi. Amalan demokrasi yang dilaksanakan mestilah mengikut acuan negara sendiri agar proses pelaksanaanya berlaku dengan telus. Kita  juga perlu  mengekalkan  sistem pilihan  raya  yanadil  dabebas. Kitjugperlu memelihara   undang-undang   dan   perlembagaan   negara   berteraska prinsi sistem demokrasi agar rakyat dapat memelihara jati diri bangsa yang lebih dinamik.   Seterusnya kita juga perlu mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan individu.



6. Kejayaan Sistem Demokrasi Berparlimen Memakmurkan Negara. Buktikan.

Bukti kejayaan sistem demokrasi berparlimen memakmurkan negara dapat dilihat dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Negara kita mempunyai pentadbiran yang cekap dan berada dalam keadaan yang stabil, aman, tidak berperang. Negara ki ta juga  berjaya  menjalinkan  hubungan  diplomatidengan  negara  kuasa  besar  contohnya China. Rakyat juga memiliki kebebasan asasi iaitu kebebasan memilih pemimpin melalui pilihan raya.

Kejayaan  sistem  demokrasi  berparlimen  juga  jelas  dapadibuktikan  dengan kemajuan  ekonomi  negara  seperti  terdapat  pelabuhan  antarabangsa  PasiGudang. Kegiatan perdagangan maritim berkembang pesat. Bidanpertaniajugtelaterbukti dapat dipermodenkan melalui pelaksanaan dasar e-ekonomi. Malaysia telah menjadi destinasi pelacongan asing dan telah membuka peluang pekerjaan   yang sangat banyak. Pelabur-pelabur asing telah banyak melabur di Malaysia dan ini telah menaikkan taraf hidup rakyat.

Sistem Demokrasi Berparlimen telah berjaya memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Sistem pengangkutan di Malaysia telah berkembang maju dan pesat. Sistem komunikasi juga berkembang pesat di Malaysia seiring dengan zaman globalisasi.

7.       Cabaran yang dihadapi ialah kemunculan golongan radikal, wujudnya masalah perpaduan, berlakunya gejala sosial contoh penagihan dadah, wujud masalah kemiskinan dan globalisasi, peluang kerja yang terhad dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah memperkukuhkan lagi perpaduan dengan aktiviti bergotong royong, menguatkuasakaundang-undang dengan meramaikan lagi anggota keselamatan, mewujudkan konsep 1 Malaysia, memperkasakan sistem pendidikan dengan mewujudkan lebih banyak universiti, memperhebat sistem persekolahan  sepertaktiviti  kokurikulum,  menggesa  rakyat  menghayati  konsep  rukun Negara dan wawasan 2020.

8.       Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah memelihara perpaduan dan keamanan Negara, kita perlu bersikap toleransi dan saling tolong menolong, bersikap kreatif  dan inovatif, mematuhi undang-undannegara  seperti tidak melakukan demonstrasi jalanan, mempunyai semangat cintakan tanah air dan menghormati lambang - lambang negara seperti bendera Malaysia.




9.        Kesimpulan yang boleh dibuat ialah dari segi pengetahuan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, kuasa pemerintahan terbahagi kepada tiga iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan dan badan kehakiman, rakyat terlibat dalam pentadbiran

Iktibar  yang  diperoleh  ialah  kerjasama  penting  dalam  mengekalkan  keamanan
Negara dan kita mestilah sentiasa bersatu padu.

Harapan saya ialah Malaysia akan terus aman dan sistem pemerintahan Negara akan terus stabil.




(PILIHAN  JAWAPAN  SEKIRANYA  SOALAN  ADALAH  TENTANG  BIDANG  KUASA KERAJAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN )

KEMUNGKINAN SOALAN NO 3 ATAU 4

Peranan / Bidang  Kuasa Kerajaan Yang Berikut :
a. Kerajaan Negeri
b. Kerajaan Persekutuan

KERAJAAN NEGERI

Perlembagaan Malaysia Memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif terletak pada raja atau Yang Dipertua Negeri. Menteri besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang Dipertua Negeri dalam kalangan ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri ( EXCO) wujud di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ia mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan ( ex-officio ) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang - Undang Negeri yang berperanan melaksanakan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.

KERAJAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara. Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.

Badan Pelaksanaan atau eksekutif  mempunyai tugas untuk  menjalankan  kuasa - kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang   yang sedia ada. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan yang terletak pada Yang Dipertuan Agong. Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang Dipertuan Agong. Jemaah menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.



(PILIHAN JAWAPAN SEKIRANYA SOALAN ADALAH PARTI-PART POLITIK YANG TERDAPAT DI TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH SEHINGGA TAHUN 1963)

Parti-parti Politik  Yang  Terdapat  Di Tanah Melayu,  SarawaDan Sabah Sehingga
Tahun 1963

Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.   Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa.   Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti.  Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.  Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti China Se-Tanah melayu (MCA) dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita.  Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

Terdapat banyak parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu sehingga tahun
1963.  Antaranya ialah Malayan Democratic Union (MDU) bertujuan menentang penubuhan




Malayan Union.   Selain itu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bertujuan untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu dan mencapai kemerdekaan Seterusnya, Malayan Indian Congress (MIC) bertujuan menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain Parti berikutnya, Majlis Tindakan  Bersama  Tanah  Melayu  atau  All  Malayan  Council  of  JoinAction  (AMCJA) bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan Menuntut kewarganegaraan yang sama.  Di samping itu, terdapat juga parti Hizbul Muslimin yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka.

Dalam masa yang sama terdapat juga parti-parti politik yang ditubuhkan di Sarawak sehingga  tahun  1963.     Parti  Kebangsaan  Melayu  Sarawak  (PKMS)  bertujuan  untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum.   Selain itu, Parti Bersatu Rakyat  Sarawa(SUPP)  bertujuan  untuk  melahirkan  perasaan  taat  setia,  menyatukan kaum-kaum di Sarawak dan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.  Seterusnya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang bertujuan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak. Parti berikutnya, Parti Pesaka Anak Sarawak (PUSAKA) yang bertujuan menjaga hak dan kepentingan orang Dayak di Sarawak.   Di samping itu,   Parti Cina Sarawak (PCS) yang bertujuan untuk berusaha ke arah perpaduan.

Parti-parti Politik yang terdapat  Sabah sehingga Tahun 1963 ialah Parti Kebangsaan kadazan Bersatu (UNKO) yang bertujuan untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuanbagi meningkatkan  cita -cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.   Seterusnya, Parti kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi dan menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah.    Selain  itu,  Parti Pasak  Momogun  yanbertujuan  untuk melindungi hak kaum bumiputera di pedalaman.   Di samping itu, Parti Cina Sabah atau Chinese Association (SCA) yang bertujuan untuk memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah.

KEMUNGKINAN SOALAN NO 5 ATAU NO 6

Kebaikan Amalan/ Sistem Demokrasi di Malaysia

Kebaikan amalan atau sistem demokrasi di Malaysia ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan sendiri Rakyat juga boleh bersuara dan mengemukakan pandangan masing-masing. Pemimpin tidak mempunyai kuasa mutlak sebaliknya rakyat bebas memilih pemimpin yang berkelayakan melalui pilihan raya yang diadakan. Ini dapat Menjamin hak asasi rakyat. Amalan demokrasi berparlimen juga dapat mengekalkan kedaulatan negara, kestabilan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial.   Pelaksanaan amalan demokrasi berparlimen ini juga dapat memudahkan perancangan kerajaan dalam pentadbiran negara. Di samping itu, ianya juga dapat meningkatkan kerjasama di kalangan masyarakat untuk menjamin kecekapan pentadbiran negara. Perpaduan kaum juga dapat diperkukuhkan. 




OLEH: JKD SEJARAH KLUANG,JOHOR













Tiada ulasan: