SEJARAH SEKOLAH SMK TSK



SMK TAMAN SERI KLUANG,
TAMAN SRI KLUANG
86000 KLUANG,JOHOR.


SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG SMK TAMAN SERI KLUANG
          Taman Sri Kluang merupakan sebuah kawasan perumahan yang tersusun berkonsepkan bandar baru, terletak kira-kira 2 km dari pusat bandar Kluang. Kebanyakan anak-anak penduduk di sini bersekolah di sekolah yang terdapat di sekitarnya. Empat buah sekolah yang terhampir ialah SM Sukan Tun Hussein Onn, SMK Cannosion Convent, Sekolah Tinggi Kluang dan SMK Seri Intan. Namun semakin hari, bilangan pelajar yang semakin bertambah dan keadaan keempat-empat buah sekolah tersebut tidak dapat menampung keperluan pembelajaran penduduk di sini. Atas dasar tersebut, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan pelaksanaan projek pembinaannya melalui CADANGAN MEREKA BENTUK, MEMBINA DAN MENYIAPKAN PROJEK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERI KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM SECARA RUNDINGANTERUS ‘DESIGN AND  BUILT.


TARIKH PENYERAHAN PREMIS KEPADA JPN

Tarikh penyerahan premis kepada  JPN ialah pada 6 SEPTEMBER 2004

TARIKH CADANGAN MULA OPERASI SEKOLAH

Tarikh cadangan mula operasi asalnya ialah pada 1 September 2004 tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan  bangunan pada 12 Ogos 2004 ditangguhan atas sebab masalah teknikal  pembinaan. Oleh sebab tarikh penyerahan telah ditunda pada 6 September 2005, maka sekolah ini hanya mula  beroperasi pada 1 November 2004

Majlis Penyerahan Plak Sekolah
Pada 4 Oktober 2004, Majlis penyerahan Plak Sekolah kepada pengetua SMK Taman Seri Kluang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jasni b. Omar, Ketua Unit Sekolah Menengah Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Peristiwa bersejarah ini turut dihadiri oleh  wakil-wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Daerah Kluang, pengetua-pengetua sekolah, ibu bapa dan guru-guru dari sekolah sekitar. Turut hadir ialah wakil daripada Jasmin Architect dan wakil kontraktor pembinaan.

Dalam plak penyerahan sekolah tersebut, tarikh operasi sekolah termaktub pada 1 Oktober 2004.

Visi dan Misi Sekolah

Visi
SMK Taman Seri Kluang menjadi sebuah sekolah menengah yang cemerlang di peringkat Daerah Kluang menjelang tahun 2010.

Misi
Untuk merealisasikan Visi, kami akan memastikan Misi berikut dengan jayanya
1.    Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan
Pembelajaran yang berkesan.

2.    Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan yang menyeluruh.

3.                Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah melalui bina insane yang efisien dan efektif.


4.    Mewujudkan suasana kondusif, selamat, ceria, bersih dan berinformasi.

Lagu sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Kluang

Seruan berbakti dan berjaya
Wawasan cita-cita Negara

Rukun Negara jadi panduan
Ikrar sekolah dipandukan
Menjana insan mulia cemerlang
Gemilang dan terbilang

Ibu bapa yang kucinta
Guru kan tetap bersama
Putera-puteri tetap merdeka
Satu bangsa satu negara

Inilah tekad kami semua
Hidup harmoni dan bersama
Pada ilmu tercapai segala
Berjaya tetaplah berusaha

Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Kluang
Padamu tumpah sumpah setia
Berbakti dan berjaya.

Komposer lagu dan lirik: Shah Rizal bin Mustaffa


LENCANA SMK TAMAN SERI KLUANG

                                             
HURAIAN
1. Obor                        : Api obor mengandungi tiga huruf C,T,G
                                      C – Cemerlang
                                      T  - Teras
                                      G – Gemilang

Batang obor mengandungi lima jalur melambangkan lima prinsip  
Rukun Negara


2. Huruf SMKTSK     : Singkatan daripada nama sekolah – Sekolah Menengah
                                      Kebangsaan Taman Seri Kluang.

3. Simbol elektron       : Simbolik pelajar yang cinta akan sains dan teknologi.


4. Roda Impian           : Simbolik pelajar yang progresif


5. Tiga bulatan            : Simbolik keharmonian pelajar yang berbilang kaum.
    Berangkai


6. Moto                       : Berbakti dan Berjaya


7. Warna                      : merah            : lambang keyakinan dan keberanian
                                      biru                : lambang perpaduan kaum
                                      kuning           : lambang kesetiaan kepada raja
                                      putih              : lambang kesucian dan keamanan


BANGUNAN SEKOLAH
Blok A

Blok A hampir keseluruhannya digunakan sebagai bilik darjah dan makmal. Di aras paling bawah terdapat Makmal Biologi dan Makmal Kimia. Selain sebuah bilik Sub Stesen Elektrik Dalaman, ditempatkan juga Koperasi Sekolah dan Bilik Pengawas di aras ini.

Di tingkat satu, terdapat bilik darjah, Makmal Fizik dan Makmal Kimia selain daripada tandas dan stor. Di tingkat dua pula, selain daripada bilik darjah terdapat Bilik
Muzik dan Bilik Pendidikan Seni. Sementara di tingkat tiga pula, di samping bilik darjah ditempatkan bilik-bilik khas iaitu Bilik Geografi, Bilik Sejarah dan Makmal Bahasa.


Blok B (Akademik dan Bengkel)

Blok ini pula dimanfaatkan untuk Bengkel Kemahiran  Hidup, Bengkel Kerja Paip dan Kerja Enjin dan Bengkel Logam dan Kerja Kayu di aras paling bawah. Di tingkat satu ditempatkan Bengkel Kerja Logam dan Binaan. Di tingkat dua pula terdapat Bengkel Ekonomi Rumahtangga. Sementara di tingkat paling atas hanya terdapat bilik darjah selain bilik utiliti, stor pili dan stor suis elektrik.

Dewan Seri Baiduri ini telah acap kali menjadi tempat berlangsungnya pelbagai program peringkat sekolah, daerah, mahu pun peringkat negeri. Perhimpunan mingguan sesi petang, majlis khas juga dilaksanakan di dalam dewan. Perhimpunan mingguan sesi pagi dilaksanakan di dalam dewan sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Selain menjadi tempat bersolat, Surau Assyakirin juga berperanan sebagai pusat program keagamaan sekolah. Setiap Jumaat, surau ini dimakmurkan dengan program kerohanian, sama ada bacaan Yasin, Tahlil atau pun solat hajat.

Blok ini terletak bersebelahan dan bersambungan dengan Blok Pentadbiran. Di aras bawah blok ini terdapat dewan sekolah yang dinamakan sebagai Dewan Seri Baiduri. Dewan ini dilengkapi dengan pentas, sistem penataan cahaya dan sistem siarayanya sendiri. Terdapat juga stor sukan di aras ini.

Di tingkat atas pula terdapat surau sekolah yang dinamakan sebagai Surau Assyakirin ( orang-orang yang bersyukur ) Surau ini merupakan surau sekolah yangpaling selesa kerana selain dipenuhi dengan hamparan karpet, surau ini mempunyai sebuah stor, system siarayanya sendiri, dan kemudahan tandas serta tempat mengambil wuduk lelaki dan perempuan. Tempat solat lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tabir. Menara yang terdapat di bahagian hadapan bangunan ini merupakan tempat tangki air diletakkan.

Aras paling bawah di Blok C (Akademik) terdapat ruang serbaguna yang digunakan untuk pelbagai aktiviti. Ruang ini dinamakan sebagai Datan Ilmu. Di tingkat satu, ditempatkan bilik Islam Hadhari, bilik pengawas, bilik PPSMI dan bilik utiliti. Di tingkat dua pula terdapat bilik disiplin, bilik darjah, bilik utility dan tandas.

Blok D digunakan sepenuhnya sebagai bilik darjah. Di setiap tingkat terdapat tandas. Stor pili bomba, stor suis elektrik atau stor am. Di tingkat paling bawah, terdapat bilik darjah, makmal MPV dan bilik utiliti. Di tingkat satu, dua dan tiga pula semuanya bilik darjah.




MAKLUMAT  KONTRAK PROJEK


1. Nama Kontrak        : Cadangan Merekabentuk, Membina, dan Menyiapkan Sekolah Menengah  Kebangsaan Taman Seri Kluang Di Atas Lot 690 & 6808, Mukim Kluang, Daerah Kluang, Johor Darul Takzim.

2. No. Kontrak                                                : KP/BPB/PEM/(1)117/2002

3. Tarikh Tandatangan Kontrak                      : 16 Mei 2001

4. Nilai Kontrak                                              : RM 16,300,000.00

5. Tarikh Surat Niat                                        : 6 Disember 2001

6. Tarikh Surat Setuju Terima                         : 2 Oktober 2002

7. Tarikh Pemilikan Tapak                              : 16 Oktober 2002

8. Tarikh Jangka Siap Binaan                          : 15 Januari 2004

9. Jangka Masa Penyelenggaraan(DLP)         : 24 Bulan

10. Tarikh Tamat DLP                                    : 5 September 2006

11. Tarikh Tamat Kontrak                               : 16 Januari 2006



MAKLUMAT PENAL PEMBINAAN

1. Konsultan Pengurusan Projek (PMC):
OPAL DEVELOPMENT SDN BHD
            NO. 13B & 15B, Jalan BRP 1/4,
            Bukit Rahaman Putra, 47000 Sungai Buluh,
            Selangor Darul Ehsan.

2. Kontrktor Utama:
            GEMULA SDN BHD
            Suite 10.01, 10TH Floor, JB City Square,
            Jalan Wong Ah Fook,80000
            Johor Bahru, JohorDarul Takzim

3. Arkitek
            JASMIN ARCHITECT
            Suite C, Level 26 Metropolis Tower,
            Jalan Dato’ Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

4. Jurutera Perunding(Sivil & Struktur) Mekanikal, Elektrikal)
            KAIKAL JURUTERA PERUNDING SDN.BHD.,
            16, Jalan Tembaga Kuning 4,
            Taman Sri Skudai,
            81300 Skudai,
            Johor Bahru.
            Johor Darul Takzim

5. Jurutera Perunding (Mekanikal & Elektrikal)
            JURUTERA PERUNDING FRM SDN.BHD.,
            14-B, Jalan Kencana Mas1/2, Tebrau Business Park,
            Kawasan Perindustrian Tebrau 3, Taman Daya,
            81100 Johor Bahru,
            Johor Darul Takzim.


6. Juru ukur Bahan
            QS-BINA CONSULTANT,
            10, Jalan Sri Perkasa 2/1, Taman Tampoi Utama,
            81200 Johor Bahru,
            Johor.
           









Tiada ulasan: