Memaparkan catatan dengan label TING 5 BAB 8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TING 5 BAB 8. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2013


Bab 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

PEMBANGUNAN EKONOMI

1. Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan
kawasan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakattanpa mengira kaum.
3. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
4. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula
diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000.
5. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak
dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan
kejayaan pembangunan ekonomi negara.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
1. Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap, iaitu tahap
pertama dan tahap kedua.
2. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (19711990) juga dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang 1(RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi
Baru.
3. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi
kedua-dua tahap tersebut.

Tahap Pertama
1. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Matlamat utama Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar
bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar dapat dirapatkan.
3. Di samping itu, Rancangan Malaya Pertama bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di
kalangan penduduk luar bandar.
4. Rancangan ini juga bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber
pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.
5. Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang
memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. 6. Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian
dipelbagaikan dan perusahaan melombong bijih timah diperluas.
7. Dalam sektor sosial, pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan. Dalam sektor awam pula, infrastruktur seperti balai polls, kem tentera,pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.
8. Dalam pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama kerajaan memainkan
peranan penting, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial
DevelopmentAuthority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
DevelopmentAuthority (FELDA).
9. Matlamat utama RIDA adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
10. Antara peranan RIDA termasuklah memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,membantu pernasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan.
11. Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan
masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
12. FELDA pula ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun.
13. Peranan FELDA adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping
meningkatkan hasil pertanian negara.
14. Melalui agensi ini tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai
petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas.
15. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani
moden.
16. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.
17. Keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kawasan luar bandar dapat dilihat dengan
penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959 yang
diketuai oleh Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein, iaitu Timbalan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.
18. Kementerian ini diberikan peranan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program
pembangunan luar bandar. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi, iaitu RIDA dan FELDA
kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini.
19. Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman
komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan
kepada keselamatan negara.
20. Keadaan ini juga disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.

Rancangan Malaya Kedua
1. Rancangan Malaya Kedua merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana
rancangan ini masih memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk
luar bandar.
2. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar
bandar dengan penduduk bandar, di samping mengurangkan kadar kemiskinan dan sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
3. Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan.
4. Begitu juga dengan usaha mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan juga
bahan makanan import.
5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority
(FAMA) pula ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah
pemasaran basil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
6. Rancangan Malaya Kedua pula memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.
7. Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberikan perhatian. Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan ,kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.
8. Sehubungan dengan itu, Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah
mengesan tahap pencapaian diperkenalkan.

Rancangan Malaysia Pertama
1. Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang merangkumi Sarawak dan Sabah.
2. Integrasi nasional menjadi tumpuan utama dengan memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat.
3. Rancangan Malaysia Pertama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi
dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian.
4. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat. Ini membawa kepada kemunculan pelbagai
projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Lembaga Pemulihan
dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu
FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
5. Pada tahun 1966, RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Bank Bumiputera telah ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.
7. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969 bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut.

8. Selain itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian atau Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah ditubuhkan pada tahun 1969.
9. MARDI bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi
meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.
10. Pembangunan sektor perindustrian pula dapat dilihat dengan penubuhan beberapa agensi
yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau Malaysian
Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967 dan Lembaga PenasihatTarif.
11. Selain itu, Akta Pelaburan yang diluluskan pada tahun 1969 berfungsi menggalakkan
kemunculan industri baru.
12. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa pelaksanaan
Rancangan Malaysia Pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969.
13. Jelas bahawa segala program pembangunan ekonomi selama ini belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.
14. Ekoran itu, DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka
panjang. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.