TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Pengenalan:
· Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.

· Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
· Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.
· Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
· Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
· Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
· Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
· Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.
· Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.
· Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.