Sabtu, 11 Mei 2013


BAB 9    MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1 Konflik Antarabangsa

Perang Dunia Pertama (1914-1918)
Faktor-faktor
Perang Dunia pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
1. Munculnya nasionalisme dalam kalangan rakyat di Eropah.
2. Penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar seperti Itali dan Jerman.
3. Itali dan Jerman menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia yang berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan.
4. Nasionalisme yang kuat telah mencetuskan perang dalam kalangan kuasa-kuasa besar.
5. Berlakunya persaingan kuasa-kuasa besar dalam merebut peluang ekonomi.
6. Imperialisme baru yang wujud telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam kalangan kuasa Eropah bagi membentuk lingkungan pengaruh bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka.
7. Munculnya sistem pakatan negara-negara Eropah merangkumi Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada negara Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. Kemudian disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga terdiri daripada British, Perancis dan Russia. Kemudiannya disertai Itali dan Jepun.
8. Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mengancam perimbangan dunia yang wujud pada ketika itu.
9. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia dianggap sebagai faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Peristiwa
1. Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
2. Jerman menyokong Austria menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.
3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium iaitu sebuah negara berkecuali.
4. Serangan ke atas Perancis melalui Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.
5. Britain yang bermusuh dengan Jerman turut terlibat dalam peperangan ini.
6. Britain meminta bantuan Amerika Syarikat.
7. Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat juga turut serta dalam peperangan tersebut.
8. Peperangan tersebut dimenangi oleh Pakatan Bertiga.
Kesan Perang
1. Dari segi politik, pemerintahan beraja di Eropah telah ditamatkan. Maharaja Jerman digulingkan dan dibuang negeri.Jerman menjadi republik.
2. Persidangan damai diadakan pada bulan Jun 1919 dan termeterinya Perjanjian Versailles.
3. Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti Yugoslavia,Latvia dan Finland.
4. Perjanjian ini telah membentuk Liga Bangsa yang menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta keselamatan bersama. Liga Bangsa terdiri daripada Negara-negara Berkecuali dan negara-negara bersekutu kecuali Amerika Syarikat. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.
5. Dari segi ekonomi, berlaku inflasi dan hutang disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
6. Perang ini menelan perbelanjaan yang besar. Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 billion. Perikatan Kusas Tengah membelanjakan US$ 60 billion.
6. Amerika Syarikat dan Jepun mula menguasai pasaran dunia.
7. Britain mengalami kerugian dan kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
8. Dari segi sosial, banyak berlaku kehilangan nyawa.

Perang Dunia Kedua (1939-1945)
Faktor-faktor
1. Kegagalan Perjanjian Versailles mengatasi masalah perang Dunia Pertama.
2. Perubahan politik di Jerman. Pemimpin Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles kerana dipaksa membayar pampasan perang yang tinggi, kehilangan tanah jajahan serta jumlah angkatan tentera dikurangkan.
3. Munculnya Adolf Hitler yang berjaya menguasai pemerintahan Jerman melalui partinya National Sosialist.
4. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang besar.
5. Di Russia, Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia dengan bantuan tentera dari Amerika  Syarikat, Britain, Perancis, dan Jepun. Setelah Lenin meninggal dunia tempatnya digantikan oleh Joseph Stalin.
6. Di Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada 1935 dan 1940.
7. Di Timur, Jepun berhasrat untuk menguasai negaranegara Timur dengan tujuan untuk membebaskan negara-negara ini dari penjajahan barat.
8. Dari segi ekonomi, berlaku kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.
9. Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat menyebabkan bantuan pinjaman kepada Jerman terpaksa dihentikan.
10. Negara Eropah seperti Britain, Perancis, dan Itali terpaksa mengurangkan jumlah peruntukan ketenteraan.
11. Jerman menguatkan ketenteraan dan menjalankan perluasan kuasa bagi mengalih perhatian rakyatnya dari masalah ekonomi. Begitu juga Jepun.

Peristiwa
1. Perang Dunia Kedua berlaku selepas Jerman menyerang Poland dari Barat dan USSR menyerang Poland dari Timur.
2. Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
3. Jepun pula bertindak menyerang Pearl Harbour secara mengejut pada 7 Disember 1941 dan memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
4. Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada September 1942.
5. Terdapat dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Bersekutu (Britain, Perancis, dan Rusia), dan Kuasa Paksi (Jerman, Itali, dan Jepun).
6. Kuasa Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada Mei 1945 dan Jepun pada 6 Ogos 1945. Di Jepun,dua bom atom dijatuhkan di bandar Hiroshima da Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.

Kesan
1. Negara Jerman berpecah menjadi dua bahagian, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
2. Sistem imperialisme di Barat mengalami keruntuhan menyebabkan tanah jajahan mencapai kemerdekaan melalui kuasa-kuasa besar.
3. Amerika Syarikat memberi kemerdekaan kepada Filipina dan Indonesia daripada Belanda, manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain.
4. Negara-negara baru tersebut menghadapi masalah warisan ekonomi penjajah dan usaha membangunkan ekonomi di negara masing-masing.
5. Dari segi sosial, banyak nyawa yang terkorban.
6. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.
7. Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.

Blok Dunia
1.Blok dunia dan Perang Dingin muncul disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam siri rundingan perdamaian
Perang Dunia Kedua.
2. Blok dunia adalah usaha negara-negara sehaluan bersatu dan bertindak demi kepentingan bersama.
3. Blok dunia muncul melalui pelbagai bentuk, iaitu ekonomi, politik, dan geografi.
4. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.



Bab 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

PEMBANGUNAN EKONOMI

1. Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan
kawasan luar bandar. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakattanpa mengira kaum.
3. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
4. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula
diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000.
5. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak
dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan
kejayaan pembangunan ekonomi negara.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
1. Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap, iaitu tahap
pertama dan tahap kedua.
2. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (19711990) juga dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang 1(RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi
Baru.
3. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi
kedua-dua tahap tersebut.

Tahap Pertama
1. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sejak sebelum merdeka lagi.
2. Matlamat utama Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar
bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar dapat dirapatkan.
3. Di samping itu, Rancangan Malaya Pertama bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di
kalangan penduduk luar bandar.
4. Rancangan ini juga bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber
pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.
5. Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang
memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. 6. Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian
dipelbagaikan dan perusahaan melombong bijih timah diperluas.
7. Dalam sektor sosial, pelbagai perkhidmatan diberikan perhatian seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan. Dalam sektor awam pula, infrastruktur seperti balai polls, kem tentera,pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.
8. Dalam pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama kerajaan memainkan
peranan penting, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial
DevelopmentAuthority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
DevelopmentAuthority (FELDA).
9. Matlamat utama RIDA adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
10. Antara peranan RIDA termasuklah memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil,membantu pernasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan.
11. Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan
masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
12. FELDA pula ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun.
13. Peranan FELDA adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di samping
meningkatkan hasil pertanian negara.
14. Melalui agensi ini tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai
petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas.
15. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani
moden.
16. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.
17. Keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kawasan luar bandar dapat dilihat dengan
penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959 yang
diketuai oleh Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein, iaitu Timbalan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.
18. Kementerian ini diberikan peranan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program
pembangunan luar bandar. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi, iaitu RIDA dan FELDA
kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini.
19. Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman
komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan
kepada keselamatan negara.
20. Keadaan ini juga disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.

Rancangan Malaya Kedua
1. Rancangan Malaya Kedua merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana
rancangan ini masih memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk
luar bandar.
2. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar
bandar dengan penduduk bandar, di samping mengurangkan kadar kemiskinan dan sekali
gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
3. Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan.
4. Begitu juga dengan usaha mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan juga
bahan makanan import.
5. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority
(FAMA) pula ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah
pemasaran basil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
6. Rancangan Malaya Kedua pula memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.
7. Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberikan perhatian. Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan ,kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.
8. Sehubungan dengan itu, Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah
mengesan tahap pencapaian diperkenalkan.

Rancangan Malaysia Pertama
1. Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah
penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang merangkumi Sarawak dan Sabah.
2. Integrasi nasional menjadi tumpuan utama dengan memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat.
3. Rancangan Malaysia Pertama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi
dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian.
4. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat. Ini membawa kepada kemunculan pelbagai
projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. Lembaga Pemulihan
dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu
FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
5. Pada tahun 1966, RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Bank Bumiputera telah ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.
7. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969 bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut.

8. Selain itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian atau Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah ditubuhkan pada tahun 1969.
9. MARDI bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi
meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.
10. Pembangunan sektor perindustrian pula dapat dilihat dengan penubuhan beberapa agensi
yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau Malaysian
Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967 dan Lembaga PenasihatTarif.
11. Selain itu, Akta Pelaburan yang diluluskan pada tahun 1969 berfungsi menggalakkan
kemunculan industri baru.
12. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa pelaksanaan
Rancangan Malaysia Pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969.
13. Jelas bahawa segala program pembangunan ekonomi selama ini belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.
14. Ekoran itu, DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka
panjang. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.


BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA Malaysia

INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN DAN BIDANG KUASA YANG DI PERTUAN AGONG

( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah
   negeri. secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa
  mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan   
  oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
  Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi
  membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
  Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa
  melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
  nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika
  mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli
  Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
  Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan
  seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan

( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan
  Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan
  dalam Perlembagaan Malaysia.

Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
A)    Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain

B)Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri

Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan

Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.


BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Langkah-langkah pembentukan Malaysia
• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis
Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang Dipetuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
      

      BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

          PAKATAN MURNI
-          Maksud Pakatan Murni
         Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
         Jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah yang tersendiri
         untuk menyatukanpadukan pelbagai kaum
-          Usaha-usaha / langkah-langkah ke arah Pakatan Murni
         penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum ( CLC )
         Beberapa perkara telah dipersetujui :
·         Penubuhan Lembagaa Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
·         Kerakyatan Negeri 1951
·         Pilihanraya peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan
         Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
         Penubuhaan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
         Penubuhan Persidangan Kebangsaan
         Konvensyen Kebangsaan UMNO – MCA
-          Kepentingan penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum ( CLC )
         Titik perrmulaan kerjasama antara kaum
         Memperlihatkan perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain
         Satu pendekatan baru dalam politik Persekutuan Tanah Melayu
         Meletakkan perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai
-          Perkara yang dipersetujui dalam perrundingan UMNO – CLC
         Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
         Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar
         Pelantikan Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi pertama
         Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
         Pilihanraya di perringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai
-          Peranan Dato Onn Jaafar
         Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
         Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemeerdekaan yang akan dicapai
         Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
         Membuka keahlian UMNO kepaada bukan Melayu
         Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
         Membuka IMP kepaada semua kaum
         Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti
-          Sebab – sebab IMP gagal
         Kaum Cina. India dan kaum lain tidak merasakan mereka satu bangsa Tanah Melayu
         Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
         Mereka sudah mempunyai parti mewakili kaum masing-masing
-          Kejayaan Parti Perikatan
         Memenangi pihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952
         Memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama
         Memenangi Pihanraya Negeri 1954
         Mengasaskan penubuhan Parti Perikatan 1955
         Mengangggotai Jawatankuasa Pilihanrayaa Majlis Mesyuarat Perundangan
         Memenangi pilihanraya Majli Perundangan Persekutuan 1955
         Menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
         Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
         Membahagikan kabinet daripada pelbagai kaum
         Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan
-          Manifesto Parti Perikatan
         Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
         Mewajibkan pendidikan
         Menjadikaan perkhidmatan awam bercorak tempatan
         Menjaga hak asasi manusia
         Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
-          Peranan Suruhanjaya REID.
         Membincang perlembagaan Persekutuan
         Menyususn Perlembagaan Persekutuan
         Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu:
·         Kerjaan persekutuan yang kuat
·         Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
·         Kedudukan Raja-Raja Melayu
·         Hak istemewa orang Melayu
·         Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
         Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak:
·         Raja-Raja melayu
·         Orang perseorangan
·         Pertubuhan politik
         Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
         Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
         Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
         Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
-          Kerakyatan Jus soli
         Tuntutan orang dagang
         Tidak diterima oleh orang Melayu
         Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
         Boleh melemahkan orang Melayu
         Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan
-          Persekutuan Tanah Melayu
         Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
         Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
         Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan
-          Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957
         Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
         Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
         Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
         Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
         Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
         Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
         Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
         Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
         Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
         Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
o   Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
o   Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
o   Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO
·         Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
         Pakatan murni dicapai
         Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
         Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
         Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
         Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
         Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
         Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
         Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
·         Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan
         Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
         Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
         Sikap bekerjasama
         Sentiasa mengutamakan perundingan
         Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum
·         Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
         Presiden UMNO
         Ketua parti Perikatan
         Perdana Menteri pertama
         Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
         Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang
·         Tun Abdul Razak
         Timbalan Presiden UMNO
         Timbalan Perdana Menteri pertama
         Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
         Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
         Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
         Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
         Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970
·         Tun H. S. Lee
         Tokoh MCA
         Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
         Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
         Menteri kewangan pertama
·         Tun V. T. Sambanthan
         Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
         Presiden MIC
         Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
         Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada negara.