Memaparkan catatan dengan label TING 4 BAB 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TING 4 BAB 1. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mei 2013

TING 4 BAB 1

SEJARAH TINGKATAN BAB 1

TAMADUN AWAL MANUSIA
Zaman prasejarah:1. Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman
a. Zaman Paleolitik
b. Zaman Neolitik
c. Zaman Mesolitik
d. Zaman Logam

2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi
a. Arkeologi ialah kajian terhadap
i. Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk, tembikar, pisau dll.
ii. Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan
iii. Feature – tinggalan spt struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat diuabah.

3. Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:
a. Tingkayu
b. Kota Tampan
c. Gua Niah
d. Lenggong

4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik
a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
b. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.
c. Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.
d. Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.
e. Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepadanilai estetika dan seni

5. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:
a. Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.
b. Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua  S
     Sireh di Sarawak.
c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.
d. Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.
e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.
f. Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.
g. Berjaya memikirkan cara melebur logam.
h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.
i. Sistem barter – pertukaran barang
ii. Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.

6. Masyarakat Neolitik di Timur Dekat
a. Wujud pertanian sejak 8000SM
b. Penternakan biri-biri di Iraq
c. Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
d. Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.
e. Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM

7. Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
a. Di Malaysia wujud sekitar 500SM
b. Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.
c. Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.
d. Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti gendang gangsa di Dongson, Vietnam.

8. Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:
a. Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.
b. Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
c. Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.
d. Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.
e. Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).
f. Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar dan besi.

Konsep Tamadun:Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
1. Madain atau mudun .
2. Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
3. Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar
4. Peradaban manusia.
5. Maksud tamadun dari sudut Barat:
a. Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian
    dan perbandaran.
b. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.
c. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.
6. Maksud tamadun dari sudut Islam:
a. Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
b. Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.
c. Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
7. Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.
a. Lahir – di Tunisia
b. Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.
c. Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong menolong dan kerjasama.
d. Penulisannya – berasaskan pengalaman.
e. Karya sulung Muqadimmah – guna istilah
i. Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.
ii. Hadarah – hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral yang tinggi.
iii. Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.
8. Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:
a. Petempatan kekal
i. Lebih sistematik, tidak berpindah randah.
ii. Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.
b. Sistem pemerintahan
i. Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai ketua dianggap mewakili tuhan.
ii. Adanya sistem perundangan yang mengawal perilaku rakyat, menjaga keamanan dan kemakmuran.
c. Agama dan Kepercayaan
i. Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling mereka.
ii. Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan penyembahan tuhan.
d. Kehidupan berorganisasi
i. Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.
ii. Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.
e. Pengkhsusan Kerja
i. Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.
ii. Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.
iii. Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.
f. Bahasa dan Sistem Penulisan.
i. Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.
ii. Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.
iii. Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.
iv. Digunakan dalam urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan.