BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Langkah-langkah
pembentukan Malaysia
• Lawatan Tunku Abdul
Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan
matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan
antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai
British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding
Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak
empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya
Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa
Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari
penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U
Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence
Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan
Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju
menyertai Malaysia.
Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang
gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah
pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di
Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri
tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman,
Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun
Penubuhan
Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir
Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat
Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan
cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan
oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga
April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada
kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan
kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.
Cadangan
Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia berasaskan
kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan
dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.
Penubuhan
Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun
Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah
menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan
Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan
penduduk Sabah dan Sarawak.
Sebab tarikh
pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak dapat
disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat
akhir
• Tekanan komunis
Peristiwa
yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta
Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan
Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan
Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang Dipetuan Agong memperkenankan
Akta Malaysia
Kandungan
Akta Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi
Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa
mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah
16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah
mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
DISKUSI: