MALAYSIA BOLEH
Pencapaian Di Mata Dunia
Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar
Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian
451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41
dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara
ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan
belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat
PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan
ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi
semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.
Angkasawan
Malaysia
Program
penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan
sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30
MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Di bawah program
berkenaan, angkasawan Malaysia akan menjalankan program penyelidikan dan
pembangunan (R&D) di ISS yang terletak kira-kira 402.34 kilometer dari
permukaan bumi selama lapan hari.
Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed.
Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed.
Ekspedisi
Terjun Bebas Kutub Utara
Ekspedisi Terjun
Bebas Kutub Utara merupakan cubaan kedua mendaratkan kereta di Kutub Utara
selepas kali pertama dilakukan oleh Volkswagon sebelum ini. Penerjunan itu
turut membabitkan kereta nasional-Proton Wira 1.5 atau dikenali Proton Vantus
untuk pasaran Russia. Sebanyak tiga payung terjun digunakan yang mempunyai ukur
lilit 30 meter setiap satu, manakala dua lagi bersaiz kecil sebagai pengimbang
pelantar berkenaan. Sebagai langkah keselamatan, badan kereta itu dipasang
jaring bagi memastikan pelantar didaratkan dengan selamat dan tidak merosakkan
kenderaan. Proton Wira itu pula dihiasi oleh Jalur Gemilang di bumbungnya bagi
menggambarkan imej negara.
Pelayaran
Secara Solo Mengelilingi Dunia
Datuk Azhar Mansor
mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mencipta rekod belayar
mengelilingi dunia secara solo tanpa bantuan kuasa enjin. Pelayar yang berusia
41 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 itu telah belayar dengan kapal
layarnya bernama Jalur Gemilang.
Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Kartunis
Dato' Mohammad Nor Khalid (LAT)
Pada 1979, kartunis
Mohammad Nor Khalid (lebih dikenali sebagai Lat), melancarkan Budak Kampung,
buku komik berdasarkan kisah kehidupannya sendiri sebagai anak desa. Lima tahun
kemudian buku ini diterjemah ke Bahasa Jepun. Pada 1998, Budak Kampung
dijadikan siri TV 26 episod, usahasama ASTRO (Malaysia), Philippines Animated
Studios Inc. (Filipina) dan Matinee Entertainment (Amerika Syarikat). Setahun
kemudian, satu episod dari siri berkenaan bertajuk “Oh, Tok!” memenangi
anugerah berprestij “Siri TV Terbaik” bagi siri 13 minit ke atas pada Pesta
Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis.
Berenang
merentasi Selat Inggeris
Sejarah tercipta di
Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003 apabila perenang maraton negara, Abdul Malik
Mydin memahatkan nama Malaysia di Wishant dekat sini selepas berjaya melakukan
renangan dari Dover, England sejauh 32.8km dalam masa 17 jam 30 minit. Kejayaan
wira samudera itu sekali gus menjadikannya rakyat Malaysia dan Asia Tenggara
pertama berjaya melakukan renangan di selat yang penuh cabaran itu, sejak kali
pertama dilakukan oleh Kapten Matthew Webb pada tahun 1875.
Penjelajahan
ke Kutub Selatan
Sharifah Mazlina
Syed Abdul Kadir berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika,
Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan
Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing
selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di
Hercules Inlet pada 29 Disember 2004. Kecederaan serius pada lututnya pada
suatu ketika tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat
Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak
Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan
rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini.
Penjelajahan
ke Kutub Utara
Adik beradik Read, iaitu Gerald Read
(25 tahun) dan Justin Read(19 tahun) telah berjaya menaikkan nama Malaysia di
persada antarabangsa apabila rakyat Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di
Darjah Terakhir Kutub Utara.
Gerald dan Justin mencipta sejarah gemilang tersebut pada 20 April 1999 jam 7.27 pagi waktu Malaysia. Selain daripada mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia yang pertama melakukan misi itu, Justin yang baru berusia 19 tahun mungkin akan mencatatkan rekod sebagai peserta termuda yang berjalan di kutub itu.
Gerald dan Justin mencipta sejarah gemilang tersebut pada 20 April 1999 jam 7.27 pagi waktu Malaysia. Selain daripada mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia yang pertama melakukan misi itu, Justin yang baru berusia 19 tahun mungkin akan mencatatkan rekod sebagai peserta termuda yang berjalan di kutub itu.
Pendakian
Gunung Everest
Pada 23 Mei 1997,
dua wira Malaysia iaitu M. Magendren dan N. Mohandas telah berjaya menakluki
Gunung Everest yang setinggi 8,848 meter, gunung yang tertinggi di dunia. M.
Magendran merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya menakluki Gunung
Everest yang terletak di Himalaya, dan di ikuti 15 minit kemudiannya oleh
Mohanadas Nagappan.
Mereka berdualah yang bertanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di puncak gunung Everest itu. Usaha mereka untuk menakluki gunung tersebut telah mendapat liputan harian secara langsung selama 55 hari dengan kegigihan sembilan anggota Projek Everest 97' dari RTM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
DISKUSI: