CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014
1. Latar belakang
sistem Demokrasi Berparlimen
Demokrasi berparlimen
bermaksud rakyat
melibatkan diri
dalam sistem
pemerintahan Negara. Raja-raja Melayu menjadi
lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau
menukar
kerajaan yang sedia ada melalui
pilihan raya.
2. Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen
yang
berikut :
a) Perlembagaan
Ciri sistem demokrasi
berparlimen ialah perlembagaan. Perlembagaan ialah undang - undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan
perlembagaan adalah sebagai
dokumen rasmi negara. Perlembagaan mengandungi
segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran
negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan
yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi
183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan
persekutuan,
kerajaan negeri dan senarai bersama.
Institusi
Yang Dipertuan
Agong, Parlimen, Jemaah Menteri
dan badan kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana
Malaysia merupakan sebuah
negara
persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia
diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.
Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang -undang atau
perlembagaan itu sendiri.
Bukti
keluhuran
perlembagaan
ialah
kuasa parl imen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan
oleh perlembagaan.
Parlimen memperoleh
kuasa daripada perlembagaan. Yang
Dipertuan Agong
tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Keluhuran perlembagaan Malaysia
mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah. Semua jenis undang -
undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah .
b) Raja berperlembagaan
Raja Berperlembagaan ialah jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun
1957. Menjadi tonggak Negara dan Ketua Utama Negara.
Yang di-Pertuan Agong sebagai
pemerintah Tertinggi. Merupakan simbol
keutuhan dan perpaduan rakyat.
Bertindak berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Tidak boleh
bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda
membuat keputusan. Dipilih daripada kalangan
Sembilan orang raja Melayu daripada
Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan dibuat mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai
ketua Negara, mengetuai
tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan,
Badan pemerintah
dan
Badan
Kehak iman, Mempunyai kuasa memanggil
dan membubarkan parlimen, Ketua tertinggi Angkatan
Bersenjata, berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, bertanggungjawab menjaga dan
memelihara kedudukan dan
hak istimewa orang
Melayu. Menitahkan
Majlis
Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka,
sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri. Mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di
bawah “Undang-undang
X” jika mendapat keselamatan Negara terancam. Mempunyai kuasa tertinggi
untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
3. Peranan
Kuasa Pemerintahan
di Malaysia
a) Badan Perundangan (LEGISLATIF)
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal
oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya menggubal undang-undang oleh Parlimen bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen
adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara
kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara
kita.
Dewan Negara
mengandungi 69 orang ahli.
Ahli Dewan
Negara atau Senator
mewakili setiap negeri dan Senator
dilantik tanpa melalui
pilihan raya. Memegang jawatan selama tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan
Ahli Parlimen dan boleh dilantik
menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara
dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang
memberi sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti
perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang
ahli. Mereka mewakili semua
kawasan pilihan raya seluruh negara. Tempoh jawatan bagi ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal
dan
meluluskan undang-undang
di peringkat Dewan Rakyat. Undang- undang
yang dibuat
oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan.
b) Badan Pelaksana (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri
atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar
kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri
atau Kabinet
adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
merupakan ketua
Jemaah
Menteri. Perdana
Menteri dan
Timbalan
Perdana
Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Merancang serta
menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. Pada Masa ini
terdapat 26 buah
kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai
oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang
tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau
akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam
di Malaysia diketuai oleh setiausaha Negara (KSN). Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian. Pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). Beliau dibantu
oleh kakitangan
kerajaan
yang dikenali sebagai
pegawai
perkhidmatan awam. Semua Kakitangan awam
bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan diketuai oleh
Ketua Jabatan dengan
gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah
kementerian biasanya
mempunyai jabatan pada
peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai
badan berkanun.
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.
Badan ber kanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk
mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah
rancangan
lima
tahun
kerajaan.
Beberapa Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin kakitangan
Perkhidmatan. Antaranya
termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang -undang dan
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
c) Badan Kehakiman (JUDISIARI )
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan
saman. Biasanya memerlukan afidavit
(keterangan bertulis
dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).
Badan
Kehakiman menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh
badan
perundangan dan badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh
perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara kita. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutuan
atau
Kerajaan Negeri dan mempunyai
kuasa mengisytiharkan
sesuatu
tindakan
kerajaan
tidak
sah
di
sisi
undang-undang.
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana
perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau
Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem
ini individu atau kumpulan yang tidak puas hati
dengan keputusan perjalanan mahkamah
boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Agong.
Seseorang hakim dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim
dilindungi daripada pengaruh
politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan
undang-
undang. Penasihat
undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantukan oleh Pegawai Perkhidmatan Undang - Undang dan Kehakiman.
4) Perlaksanaan Sistem Pilihan raya yang terdapat di Malaysia.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit
menggunakan
prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi
dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia.
Pembentukan Pilihan Raya yang terdapat di Malaysia dapat dilihat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga
fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan
bahagian-bahagian
pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan
pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Sebab Pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan
ahli
Dewan
Undangan Negeri
secara serentak di
seluruh Semenanjung Malaysia. Di
Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum
bagi bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi
di mana -mana kawasan
Parlimen
atau Dewan Undangan
Negeri.
Kekosongan
itu
berlaku
mungki n disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawata n.
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Proses Perlaksanaan Pilihan Raya di Malaysia ialah melalui Penetapan tarikh
penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Proses Penamaan
calon dijalankan
oleh parti politik yang ingin bertanding. Selepas itu penyediaan manifesto
oleh parti yang bertanding dijalankan mengikut kehendak yang dipilih. Pelancaran kempen
pilihan raya ditentukan oleh parti politik
dan ianya tertakluk
di bawah akta perlembagaan.
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat
pengiraan undi oleh SPR. Pemberian
kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal
dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi
dan
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Pembuangan undi, Pengiraan undi,
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai
Pilihan Raya.
Kelayakan Calon yang ingin menganggotai parti politik ialah Warganegara Malaysia
bebas memilih dan menganggotai mana-mana
parti politik yang mereka gemari. Mereka
boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam
pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi
calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di
Malaysia,
sempurna akal, bukan
orang
yang
muflis, tidak memegang
jawatan
dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang
kelayakannya sebagai ahli Parlimen
atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum
penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau
didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam sesuatu pilihan
raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu
sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan
kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
Kelayakan Pengundi dalam Pilihan Raya di Malaysia melalui seseorang pengundi
yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan
dalam Senarai Daftar Pemilih.
Menurut
perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam
pilihan raya tersebut.
Seseorang pengundi
hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan
pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar
sebagai
pengundi.
Kempen Pilihan Raya di negara kita dijalankan sama ada dalam
pilihan raya umum atau
pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif
dan
Ketua
Pentadbir urus setia. Mereka dibantu
oleh sekumpulan
kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar
SPR.
Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.
Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan
demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan
politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi
melalui pilihan raya .
5. Cara / Langkah
/ Usaha
Mengekalkan Sistem Demokrasi Berparlimen
di Malaysia
Cara sistem demokrasi
di Malaysia dapat
dikekalkan ialah Kerajaan perlu mendidik rakyat agar
menggunakan
sistem demokrasi dengan cara yang betul. Kita
seharusnya mengamalkan sistem
demokrasi dengan cara yang betul. Kita juga seharusnya berusaha mengelakkan campur tangan
asing dalam urusan pentadbiran negara. Rakyat perlu juga
mengekalkan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk. Semangat demokrasi perlu disuburkan sejak di peringkat
awal pendidikan lagi. Amalan demokrasi yang dilaksanakan mestilah mengikut acuan
negara sendiri agar proses pelaksanaanya berlaku dengan telus. Kita
juga perlu mengekalkan sistem pilihan raya
yang adil
dan bebas. Kita juga perlu memelihara undang-undang
dan perlembagaan negara berteraskan prinsip sistem
demokrasi agar rakyat dapat memelihara jati diri bangsa yang lebih dinamik.
Seterusnya kita juga perlu mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan individu.
6. Kejayaan Sistem Demokrasi Berparlimen Memakmurkan Negara. Buktikan.
Bukti kejayaan sistem
demokrasi berparlimen memakmurkan negara dapat dilihat dalam semua
aspek iaitu
politik, ekonomi dan sosial. Negara kita mempunyai pentadbiran yang cekap dan berada dalam keadaan yang stabil, aman, tidak berperang. Negara ki ta
juga
berjaya menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara
kuasa besar
contohnya
China. Rakyat juga memiliki kebebasan asasi iaitu kebebasan memilih
pemimpin melalui pilihan raya.
Kejayaan sistem
demokrasi
berparlimen juga
jelas
dapat dibuktikan dengan
kemajuan
ekonomi
negara seperti terdapat
pelabuhan antarabangsa Pasir Gudang. Kegiatan perdagangan maritim berkembang pesat. Bidang pertanian juga telah terbukti
dapat dipermodenkan melalui pelaksanaan
dasar e-ekonomi. Malaysia telah menjadi destinasi pelacongan asing dan telah membuka peluang pekerjaan yang sangat banyak. Pelabur-pelabur asing
telah banyak melabur di Malaysia
dan ini telah menaikkan taraf hidup rakyat.
Sistem
Demokrasi Berparlimen telah berjaya memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum
di Malaysia. Sistem pengangkutan di Malaysia telah berkembang maju dan pesat.
Sistem
komunikasi juga berkembang pesat di Malaysia seiring dengan zaman globalisasi.
7. Cabaran yang dihadapi ialah kemunculan golongan radikal, wujudnya masalah perpaduan, berlakunya
gejala sosial contoh penagihan dadah, wujud masalah
kemiskinan
dan globalisasi, peluang kerja yang terhad dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah memperkukuhkan lagi
perpaduan dengan aktiviti bergotong royong, menguatkuasakan undang-undang dengan
meramaikan lagi anggota keselamatan, mewujudkan konsep 1 Malaysia, memperkasakan sistem pendidikan dengan mewujudkan lebih banyak
universiti, memperhebat sistem persekolahan
seperti aktiviti
kokurikulum, menggesa rakyat
menghayati konsep rukun
Negara dan wawasan 2020.
8. Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap
diri sendiri, masyarakat dan negara ialah memelihara
perpaduan dan keamanan Negara, kita perlu bersikap toleransi dan saling tolong menolong, bersikap kreatif dan inovatif, mematuhi undang-undang negara seperti tidak melakukan
demonstrasi jalanan, mempunyai semangat cintakan tanah air dan menghormati lambang - lambang negara seperti
bendera Malaysia.
9. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah dari segi
pengetahuan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, kuasa pemerintahan terbahagi kepada tiga
iaitu badan perundangan, badan
pelaksanaan dan badan kehakiman, rakyat terlibat dalam
pentadbiran
Iktibar yang diperoleh
ialah
kerjasama penting
dalam mengekalkan keamanan
Negara dan kita mestilah sentiasa bersatu padu.
Harapan saya ialah Malaysia akan terus aman dan sistem
pemerintahan Negara
akan terus stabil.
(PILIHAN JAWAPAN
SEKIRANYA
SOALAN ADALAH
TENTANG BIDANG KUASA KERAJAN NEGERI DAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN )
KEMUNGKINAN SOALAN NO 3 ATAU 4
Peranan / Bidang Kuasa Kerajaan Yang
Berikut :
a. Kerajaan Negeri
b. Kerajaan Persekutuan
KERAJAAN NEGERI
Perlembagaan Malaysia Memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap
negeri. Kuasa eksekutif terletak pada raja atau Yang Dipertua Negeri. Menteri besar
atau Ketua
Menteri dilantik oleh raja atau Yang Dipertua Negeri dalam kalangan ahli Dewan Undangan Negeri
( DUN ) yang mendapat kepercayaan majoriti
ahli
dewan.
Urusan pentadbiran negeri
terletak pada perlembagaan negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri ( EXCO) wujud di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ia mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan ( ex-officio ) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang -
Undang Negeri
yang berperanan melaksanakan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.
KERAJAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan yang
luas kepada
Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.
Bidang pentadbiran negara meliputi
semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.
Badan Pelaksanaan atau eksekutif
mempunyai tugas untuk
menjalankan kuasa - kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut
Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan yang terletak pada Yang Dipertuan Agong.
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang Dipertuan
Agong. Jemaah menteri ini diketuai oleh
seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
(PILIHAN JAWAPAN SEKIRANYA SOALAN ADALAH PARTI-PARTI POLITIK YANG
TERDAPAT DI TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH SEHINGGA TAHUN 1963)
Parti-parti Politik Yang Terdapat Di Tanah Melayu, Sarawak Dan Sabah Sehingga
Tahun 1963
Secara umumnya
parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman
juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Contohnya Parti Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti China Se-Tanah melayu (MCA) dan Kongres
India Tanah Melayu (MIC) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
Terdapat banyak parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu sehingga tahun
1963. Antaranya ialah Malayan Democratic Union (MDU) bertujuan menentang penubuhan
Malayan Union. Selain itu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bertujuan
untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga
kepentingan
orang
Melayu
dan
mencapai kemerdekaan. Seterusnya, Malayan Indian Congress (MIC) bertujuan menjaga kepentingan orang India
di Tanah
Melayu
dan
memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum
lain. Parti berikutnya, Majlis Tindakan Bersama
Tanah Melayu atau
All Malayan
Council of
Joint Action
(AMCJA) bertujuan untuk menentang
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu
dan Menuntut kewarganegaraan yang sama.
Di samping itu, terdapat juga parti Hizbul Muslimin yang
bertujuan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam
di Tanah Melayu yang merdeka.
Dalam masa yang sama terdapat juga parti-parti
politik yang ditubuhkan di Sarawak sehingga
tahun
1963. Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bertujuan
untuk
memupuk kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum. Selain itu, Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP) bertujuan untuk melahirkan perasaan
taat
setia, menyatukan
kaum-kaum di
Sarawak dan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.
Seterusnya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang bertujuan mendapatkan
kemerdekaan
bagi Sarawak.
Parti berikutnya, Parti
Pesaka Anak Sarawak (PUSAKA) yang bertujuan menjaga hak dan
kepentingan orang Dayak di Sarawak. Di samping itu, Parti Cina Sarawak (PCS) yang
bertujuan untuk berusaha ke arah perpaduan.
Parti-parti
Politik yang terdapat Sabah sehingga Tahun 1963 ialah Parti Kebangsaan kadazan Bersatu (UNKO) yang bertujuan untuk
menyatukan dan mengeratkan hubungan
antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang bagi meningkatkan cita -cita
mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya, Parti kebangsaan Sabah
Bersatu (USNO) yang
bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi dan menukarkan nama
Borneo Utara kepada Sabah.
Selain
itu, Parti Pasak Momogun yang bertujuan untuk melindungi hak kaum bumiputera di pedalaman. Di samping itu, Parti Cina Sabah atau Chinese Association (SCA) yang bertujuan
untuk memelihara kepentingan masyarakat Cina di
Sabah.
KEMUNGKINAN SOALAN NO 5 ATAU NO 6
Kebaikan Amalan/ Sistem Demokrasi di Malaysia
Kebaikan amalan atau sistem demokrasi di Malaysia ialah rakyat terlibat dalam memilih dan
membentuk kerajaan sendiri
Rakyat juga boleh bersuara dan mengemukakan pandangan
masing-masing. Pemimpin tidak mempunyai kuasa mutlak sebaliknya rakyat bebas memilih
pemimpin yang berkelayakan melalui pilihan raya yang diadakan. Ini dapat Menjamin hak
asasi
rakyat. Amalan demokrasi berparlimen juga dapat mengekalkan kedaulatan negara,
kestabilan negara dari
aspek politik, ekonomi dan sosial. Pelaksanaan amalan demokrasi
berparlimen ini juga dapat memudahkan perancangan kerajaan dalam pentadbiran negara. Di
samping itu, ianya juga dapat meningkatkan kerjasama di
kalangan masyarakat untuk
menjamin kecekapan pentadbiran negara. Perpaduan kaum
juga dapat diperkukuhkan.
OLEH: JKD SEJARAH KLUANG,JOHOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
DISKUSI: