TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat
kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang
jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang
hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa
dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman
penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO
melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur
strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja
Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih
terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita
sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa
Kemerdekaan.
Ketokohan,
pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan
kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya.
Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama
penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat
dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila
Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara
tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi
salah satu kebanggaan negara.
Tun
V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden
Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan
dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat
patriotisme pada masa itu.
RENTAP
Rentap
merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada
tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi
ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud
Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada
Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
Mat
Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang
terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di
Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan
keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam
masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama
enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British,
Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi
rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Haji
Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut
kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan
Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah
seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh
pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Nama
penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam
tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat
Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata.
Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh
penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau
semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung
tinggi kepahlawanan beliau.
Dato’
Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan
Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah
Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’
Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan
membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch),
Residen British Perak.
DATO' BAHAMAN
Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .
Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
DISKUSI: